INDUSTRI

OPERASI CKD GWM WEY G9 HI4 HEV & ORA 5 HEV SUDAH BERMULA DI EPMB

05 Nov 2026
OPERASI CKD GWM WEY G9 HI4 HEV & ORA 5 HEV SUDAH BERMULA DI EPMB
1 / 9

Awal minggu ini, GWM Malaysia dan EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah anjurkan acara pelucuran rasmi untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi dua model utama baharu di kilang milik EPMB yang terletak di Pegoh, Melaka.

Melalui acara tersebut, dua-dua pihak rasmi dedahkan bahawa operasi pemasangan bagi dua model utama iaitu GWM Wey G9 Hi4 HEV dan Ora 5 HEV telah mula di kilang tersebut. Dengan penambahan dua model baharu ini, kilang EPMB ersebut kini memasang 8 model berbeza selain GWM Haval H6 HEV, GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MG ZS, MG S5, Xpeng G6 dan Xpeng X9.

“Pengembangan portfolio GWM kami mencerminkan keyakinan rakan kongsi kami terhadap keupayaan kami dan visi bersama kami untuk pertumbuhan dan pembangunan industri automotif Malaysia. Kami berbangga memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan GWM di Malaysia dan ASEAN,” ulas Aidan Hamidon, pengarah eksekutif EPMB, semasa acara ini.

Menurut EPMB, kedua-dua model bukan hanya dipasang di sini, malah ada beberapa komponen yang kini dihasil dan dibekalkan vendor di Malaysia seperti pemasangan modul kerangka hadapan, pemasangan gandar belakang, panel instrumen dan abah-abah pendawaian (wiring harness).

Khusus bagi Ora 5 HEV, ia menerima tambahan komponen seperti tempat duduk, konsol tengah modul penyejuk dan kemasan dalaman pintu turut dibekalkan vendor tempatan.

Tambah EPMB lagi, syarikat pemasangan CKD kontrak itu juga menyatakan bahawa lebih 10,000 kenderaan jenama GWM telah dipasang secara tempatan di Malaysia sejak Oktober 2024, dan lebih 1,100 unit Wey G9 telah diekport ke Thailand dan Indonesia.

Seperti dilaporkan sebelum ini, GWM Malaysia telah rasmi perkenalkan Wey G9 Hi4 HEV bulan lepas. Pengeluar tersebut juga telah membuka tempahan untuk Ora 5 HEV yang bakal dilancar secara rasmi lewat bulan ini.

Kembali ke lamanTekan Habis