SELAMAT DATANG KE LAMAN PODKAS AUTOMOTIF TERBARU!

MENGENAI KAMI

Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan oleh hos Hezeri Samsuri (Pengarang Urusan Careta.my dan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my).

Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini. Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.

CREW TEKAN HABIS

HEZERI SAMSURI - HOS/PENERBIT

Hezeri adalah wartawan automotif terkenal, sebagai Pengarang Urusan Careta.my. Beliau berpengalaman luas dalam industri automotif dan media

Beliau terkenal kerana penglibatan aktifnya dalam pelbagai platform media, termasuk media cetak, televisyen, dan dalam talian.

Gaya penyampaian yang mudah difahami dan berinformasi menjadikannya antara personaliti yang dihormati dalam industri ini.

THORIQ AZMI - HOS

Bekas DJ kelab malam yang kini memutar dua dan empat roda hitam diringi simfoni enjin prestasi tinggi sambil mengarang kisah memandu dan menunggang jentera-jentera tersebut.

Pengalaman industri lebih sedekad menulis di surat khabar (theSun – Gear Up!), majalah (Autocar ASEAN, Motor Trader, Bike Trader, Fast Bikes Malaysia, TopGear Malaysia) sebelum menjadi Pengarang Kanan laman web CariCarz.com. Juga pernah beraksi sebagai pegawai komunikasi pasukan Petronas Sepang Racing Team di kejohanan dunia MotoGP.

IRZAL KAMAL - PENERBIT/PRODUKSI

Irzal bertugas di dalam sektor automotif lebih setengah dekad, sebagai jurutera rekabentuk di sebuah syarikat komponen automotif tempatan.

Selepas meninggalkan industri, beliau terus mendekati industri automotif sebagai penerbit kandungan digital, termasuk video korporat, podkas dan pelbagai bentuk komunikasi media digital.

Beliau berpendapat kandungan yang sesuai bagi membentuk industri automotif masih jauh dari mencukupi, dan medium terbaik bagi mendalami sektor ini adalah melalui podkas. 

Tekan Habis dirakam di Impressions Digital Content Center, sebuah studio di Cyberjaya

Hubungi Kami

Pengiklanan: advertise@tekanhabis.my

Editorial: editorial@tekanhabis.my

© 2025 All Rights Reserved.