Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

MGS5 EV COM DIUMUMKAN – VARIAN PERMULAAN BAHARU DARI RM103,900

24 Aug 2026
MGS5 EV COM DIUMUMKAN – VARIAN PERMULAAN BAHARU DARI RM103,900
1 / 5

SAIC Motor Malaysia telah rasmi umumkan sebuah tambahan baharu bagi barisan model MGS5 EV. Kini, EV SUV tersebut, yang juga dipasang secara tempatan (CKD) oleh EPMB di Melaka, tersedia dalam varian ‘Com’ (singkatan untuk ‘Comfort’).

Varian ini diposisikan sebagai varian permulaan dengan harga paling mampu milik dalam barisannya – RM103,900 (tanpa insurans dan cukai jalan), atau RM13,000 lebih rendah berbanding varian Lux yang dilancarkan awal tahun ini.

Sorotan spesifikasi utama MGS5 EV Com termasuk pek bateri 49kWh, setup motor elektrik tunggal belakang yang menjana 170PS dan 250NM, dengan jarak pemanduan sehingga 340KM (WLTP).

Untuk perbandingan, varian Lux yang disebut tadi dilengkapi pek bateri lebih besar berkapasiti 62kWh yang menguasai motor elektrik yang menjana output yang lebih tinggi iaitu 203PS dan tork 350NM, serta jarak pemanduan sehingga 446KM (WLTP).

Perbezaan utama antara varian Com dan Lux ialah tempat duduk balutan fabrik berbanding tempat duduk kulit tiruan berventilasi, rim aloi hitam 17 inci berbanding rim aloi 18 inci, keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 120kW berbanding 150kW, serta bumbung panoramik yang tidak ditawarkan pada varian Com.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi tujuh beg udara serta sistem bantuan pemanduan termaju MG Pilot ADAS 2.5, yang merangkumi ciri seperti Bantuan Trafik Sesak (TJA) dan Kawalan Jelajah Pintar (Intelligent Cruise Control).

Selain itu, apa yang dikongsi dua-dua varian MGS5 EV ini adalah pakej jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000KM, jaminan pek bateri selama 8 tahun atau 180,000KM, serta jaminan Motor Control Unit (MCU) selama 8 tahun atau 160,000KM.

MGS5 EV COM baharu kini tersedia di bilik pameran MG untuk tempahan. Varian ini turut hadir dengan rebat RM3,000 serta wallbox percuma sebagai sebahagian daripada tawaran pelancaran.

Bagi meraikan pelancaran ini, pelanggan yang menjalani pandu uji MGS5 EV sehingga 30 September 2026 berpeluang memenangi MacBook Neo atau kredit RM50 Touch ’n Go eWallet. 

 

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis