Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

MG S5 EV LUX LONG RANGE CKD DILANCAR – RM116,900

25 Apr 2026
MG S5 EV LUX LONG RANGE CKD DILANCAR – RM116,900
MG Motor Malaysia melancarkan MG S5 EV yang dipasang tempatan, dengan harga variant LUX Long Range bermula RM116,900.

Model pacuan road belakang yang dipasang di kilang PEPS-JV di Melaka ini kini mempunyai kuasa 151kW dengan 350Nm tork, serta pengecasan DC setinggi 150kW, membolehkan ia dicas dari 10%-80% dalam masa 26 minit, dan mempunyai jarak gerak 446km.

MG Malaysia berkata kapasiti pengeluaran MG S5 ini adalah antara 120 dan 180 unit sebulan, dengan pengeluaran dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 unit dalam tahun 2026. Model ini kini dibuka untuk tempahan!
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis