INDUSTRI

PROTON ATASI JUMLAH JUALAN 2025 HANYA SELEPAS 9 BULAN

05 Oct 2026
PROTON ATASI JUMLAH JUALAN 2025 HANYA SELEPAS 9 BULAN
1 / 6

Proton telah umumkan prestasi jualannya bagi bulan Sept 2026, di mana pengeluar kenderaan nasional tersebut berjaya menjual sebanyak 19,465 unit kenderaan sepanjang bulan tersebut.

Dengan itu, Proton juga mengesahkan jualan kumulatifnya untuk sembilan bulan tahun ini (year-to-date – YTD) sudah mencapai 160,886 unit, sekaligus melepasi jualan tahunan keseluruhan 2025 sebanyak 157,976 unit.

Menurut Proton, prestasi tersebut adalah rekod terawal jualan tahunannya melepasi paras 150,000 unit sejak 2002. Ia juga merupakan jumlah tertinggi yang dicatatkan Proton sejak kerjasama dengan Geely bermula pada tahun 2017.

Jika dibanding dengan tempoh sama tahun lalu, jumlah jualan berkenaan telah berkembang sebanyak 45% untuk menyumbang pertumbuhan jualan sebanyak 40.8%. Proton juga menganggarkan pegangan pasarannya bagi bulan Sept ialah 28.9%, manakala pegangan pasaran YTD pula kini berada pada 26.9%.

Seperti biasa, model Saga kekal sebgai tawaran paling laris dari barisan Proton, dan jualan kumulatif tahunannya pula bagi 2026 kini sudahpun mencecah 68,237 unit untuk menandakan peningkatan 34.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Rekod jualan tertinggi yang dicatatkan Saga tahun ini adalah pada bulan Jan 2026 di mana 10,285 unit dijual.

Bagi model S70 pula, sebanyak 2,756 unit telah dijual sepanjang bulan lepas, manakal jumlah jualan kumulatifnya tahun ini sudah mencapai 20,709 unit. Proton menganggarkan jualan S70 akan terus meningkat untuk tiga bulan terakhir tahun ini dengan ketibaan dua varian mampu milik terbaru iaitu Lite dan Prime yang dilancarkan pada 22 Sept lalu.

Bagi model-model SUV pula, sebanyak 1,995 unit model X50 telah dijual bulan lepas, manaka jualan kumulatif tawaran SUV segmen-B ini sudah mencapai 20,163 unit. Model Proton X90 pula melihat 430 unit diserahkan kepada pelanggan bulan lepas, manakali jualan kumulatif tahunannya pula sudah mencapai 3,250 unit – 69.8% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Berlaih ke model-model tenaga baharu (NEV) bawah jenama Proton e.MAS, Proton telah berjaya meraih jumlah penghantaran sebanyak 40,000 unit pada akhir bulan lepas. Jumlah ini dicapai hanya dalam 21 bulan sejak model pertama – e.MAS 7 – dilancarkan pada Dis 2024, dan Proton menganggar Proton e.MAS kini mempunyai pengangan pasaran melebihi 60%.

Selain itu, jualan Proton e.MAS juga menyumbang sebanyak 19.3% daripada jumlah keseluruhan jualan Proton yang disebut tadi. Proton juga tambah ia kini sudah hampir mencapai sasaran tahun 2030 yang ditetapkan kerajaan di mana 20% dari jumlah jualan industri automotif didorong oleh kenderaan tenaga baharu (NEV).

Kembali ke lamanTekan Habis