PRODUK

PROTON S70 LITE & PRIME RASMI DILANCAR – RM56,800* & RM59,800*

23 Sep 2026
PROTON S70 LITE & PRIME RASMI DILANCAR – RM56,800* & RM59,800*
1 / 10

Proton telah rasmi perkenalkan dua varian baharu model S70 iaitu Lite dan Prime.  Terus ke harga rasmi, varian Lite dan Prime baharu ini bermula dari RM59,800 dan RM62,800 masing-masing di Semenanjung Malaysia. Harga di Malaysia Timur pula adalah RM61,800 (Lite) dan RM64,800 (Prime).

Sempena pelancaran rasmi ini, sebuah rebat khas bernilai RM3,000 akan ditawarkan Proton kepada pembeli terawal yang melengkapkan pendaftaran sebelum 31 Disember 2026. Dengan ini, harga dikurangkan lagi ke RM56,800 (Lite) dan RM59,800 (Prime) di Semenanjung Malaysia, dan RM59,800 (Lite) dan RM61,800 (Prime) di Malaysia Timur.

Termasuk dalam harga tersebut adalah jaminan waranti selama 5-tahun tanpa had batuan, serta enam kali servis dengan kos buruh percuma. Dua-dua varian tersedia dengan lima plilhan warna eksterior – Marine Blue, Space Grey, Snow White dan Armour Silver.

 

TREN KUASA TANPA TURBO

Varian Lite dan Prime baharu ini dilengkapi nadi 1.5-liter i-GT 4-silinder petrol tanpa turbo dan sistem suntikan terus (direct injection), serta padanan transmisi CVT automatik 8-nisbah bersama torque converter. Nadi tersebut dikongsi dengan model Proton Saga MC3, dan ia menghasil 120PS dan 150Nm.

Menurut Proton, kombinasi tersebut lebih menumpukan kepada pemanduan yang lancar dan selesa, selain serta tahap NVH yang baik untuk kegunaan harian dalam bandar, serta keseimbangan antara prestasi, kecekapan dan keselesaan sama ada untuk perjalanan bersama keluarga mahupun perjalanan jarak jauh.

 

KELENGKAPAN & KEMEWAHAN PENUH

Walaupun berstatus tawaran ‘mampu-milik’, kelengkapan standard dua-dua varian baharu ini cukup tinggi. Perbezaan ketara estetik hanya nyata melalui kelengkapan lampu utama LED Penuh bersama rim 17-inci bagi varian Prime, manakala varian Lite mengguna lampu utama jenis Halogen bersama rim aloi 16-inci.

Sorotan utama di sini termasuk paparan skrin sentuh infotainmen 8-inci yang dilengkapi smabungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar (wireless), brek parkir elektronik (Electronic Parking Brake - EPB) dengan fungsi Auto Brake Hold, serta fungsi pengaktifan enjin jarak jauh (Remote Engine Start) dan 5 port pengecas USB dalam kabin.

Aspek keselamatan juga tidak diketepikan dengan dua-dua varian dilengkapi enam beg udara, serta kamera undur dan Rear Seat Reminder. Pakej bantuan pemanduan asas pula merangkumi fungsi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning, bergantung kepada varian.

GANJARAN KHAS TAMBAHAN

Selain rebat khas pelancaran yang disebut tadi, Proton juga menawarkan  skim pembiayaan khas sehingga 9-tahun dengan kadar faedah tahunan serendah 2.35% bagi pembeli yang layak. Selain itu, Proton juga sedia menawarkan program tukar beli dengan sokongan ‘overtrade’ sehingga RM2,000.

 

10,000 TEMPAHAN AWAL

Setakat ini, Proton juga mengesahkan bahawa ia telah menerima sekurang-kurangnya 10,000 tempahan awal bagi S70 Lite dan Prime baharu ini. Proton menjangka angka ini akan terus naik dalam bulan-bulan akan datang, justeru menandakan bahawa tawaran ini bakal menjadi lagi satu produk terlarisnya.

Kembali ke lamanTekan Habis