UMUM

PERODUA SUMBANG 9 KENDERAAN KEPADA IPD HULU SELANGOR & IPD KLIA

13 Oct 2026
PERODUA SUMBANG 9 KENDERAAN KEPADA IPD HULU SELANGOR & IPD KLIA
1 / 3

Perodua telah dedah ia baharu sahaja menyumbang beberapa kenderaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kepada dua Ibu Pejabat Daerah (PID) iaitu Hulu Selangor dan KLIA.

Sejumlah sembilan (9) buah kenderaan telah disumbangkan pengeluar tersebut dengan tujuan untuk membantu anggota-anggota dia daerah masing-masing menjalani tugas penguatkuasaan undang-undang mereka.

Semua unit diserahkan dalam satu majlis khas yang dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad bersama Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Shazeli Datuk Kahar.

Menurut Zainal, sumbangan itu mencerminkan penghargaan syarikat terhadap komitmen anggota polis dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara.

Peringkat pertama penyerahan ini berlaku pada bulan April lalu di mana Perodua menyerah tiga (3) unit Perodua Ativa kepada IPD Selangor.

Baki enam (6) kenderaan lagi yang merangkumi unit-unit model Perodua Ativa dan Aruz pula diserahkan dalam majlis tersebut yang diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 12 Oktober 2026.

Pada majlis itu, Shazeli menerima replika kunci daripada Zainal sebagai simbolik penyerahan kenderaan dan kerjasama antara Perodua dan PDRM. Setakat ini, Perodua telah menyumbang sejumlah 21 kenderaan kepada PDRM sejak 2019.

Kembali ke lamanTekan Habis