PRODUK

PERODUA ATIVA PINK EDITION – BALUTAN LUARAN & TEMPAK DUDUK KHAS, 10 UNIT SAHAJA

05 Oct 2026
PERODUA ATIVA PINK EDITION – BALUTAN LUARAN & TEMPAK DUDUK KHAS, 10 UNIT SAHAJA
1 / 4

Perodua telah rasmi perkenalkan model Ativa Pink Edition yang hanya akan melihat  10 unit sahaja tersedia. Bagi pembeli yang berminat, edisi istimewa ini hanya boleh ditempah sebelum 15 Okt 2026.

Edisi istimewa pertama buat model Ativa ini tampil dengan balutan luaran (wrap) khas warna pink (merah jambu), balutan tempat duduk yang dipadankan dengan alas karpet khas dan set aksesori eksklusif dengan rona yang sama. Menurut Perodua, nilai tambah bagi tawaran ini mencecah RM8,000.

Selain 10 unit terhad yang disebut tadi, Perodua juga akan memberi set aksesori Pink Edition eksklusif kepada 100 pelanggan sebagai hadiah cabutan bertuah mingguan di bilik pameran rasminya. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu boleh mengimbas kod QR di mana-mana bilik pameran untuk menyertai cabutan bertuah mingguan tersebut.

Edisi khas ini sedang digunakan Perodua sebagai alat promosi bagi model Ativa sepanjang bulan ini. Bagi pelanggan yang menempah crossover SUV segmen-B ini sehingga akhir bulan ini (31 Okt 2026), mereka bakal menikmati rebat khas sebanyak RM9,500 (varian X), RM5,500 (varian H) dan RM5,700 (varian AV).

Kembali ke lamanTekan Habis