PRODUK

PERODUA QV-E, ATIVA & ARUZ DIBERI REBART KHAS SEMPENA KEMPEN HARI MALAYSA

18 Sep 2026
PERODUA QV-E, ATIVA & ARUZ DIBERI REBART KHAS SEMPENA KEMPEN HARI MALAYSA
1 / 6

Sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, jenama nasional kedua Perodua telah memulakan kempen jualan khas di mana tiga model utamanya iaitu QV-E, Ativa dan Aruz, diberi potongan pada harga jualan masing-masing melalui tawaran rebat khas.

Berdasarkan bahan promosi yang disiarkan Perodua melalui laman web dan media sosial rasminya, tawaran rebat khas melalui kempen Hari Malaysia hanya sah sehingga 31 Oktober 2026 (tertakluk pada terma dan syarat tertentu).

 

REBAT RM10,000 BAGI QV-E

Bermula dengan QV-E, tawaran elektrik penuh (EV) pertama syarikat yang bertapak di Rawang ini, model tersebut kini ditawarkan dengan rebat sebanyak RM10,000 sempena kempen khas ini.

Oleh itu, jualan QV-E dengan skim pajakan bateri (Battery as a Service – BaaS) kini bermula dari RM53,499 dengan yuran bulanan BaaS sebanyak RM215. Bagi jualan penuh pula, harganya kini bermula dari RM77,499.

Sebagai rujukan, Perodua telah umum semakan harga QV-E pada bulan Jun lalu di mana EV tersebut ditawarkan pada RM64,399 (dengan Baas) dan RM87,499 (tanpa BaaS).

 

REBAT SEHINGGA RM9,500 BAGI ATIVA

Seterusnya, model crossover SUV kompak Ativa pula ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM9,500 melalui kempen jualan bertema Hari Malaysia ini.

Semakan rapi kami melihat angka rebat maksimum tersebut ditawarkan khusus bagi Ativa varian X. Dengan itu, harga jualan varian paling mampu-milik ini dikurangkan dari RM62,500 ke RM53,000 selepas rebat.

Bagi varian H dan AV pula, masing-masing ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM5,500 dan RM5,700. Dengan itu, harga jualan masing-masing juga dikurangkan dari RM67,300 dan RM72,600 ke hanya RM61,800 dan RM66,900.

 

SEMAKAN HARGA & REBAT RM4,000 BAGI ARUZ

Berlaih ke Aruz dan, buat pertama kali dalam jangka masa 7 tahun sejak ia dilancar, Perodua telah umumkan semakan harga sebanyak RM4,000 bagi model crossover 7-tempat-duduk ini.

Dengan itu, harga bagi barisan varian Aruz kini bermula dari RM68,900 (X) dan RM73,900 (AV). Sebagai rujukan, harga masing-masing sebelum ini bermula dari RM72,900 (X) dan RM77,900 (AV).

Selain semakan harga, Perodua juga menawarkan rebat tunai sebanyak RM4,000 sempena kempen khas Hari Malaysia yang disebut tadi. Dengan itu, harganya dikurangkan lagi ke RM64,900 (X) dan RM69,900 (AV) semasa kempen ini.

Kembali ke lamanTekan Habis