SUKAN PERMOTORAN

F1 BAHRAIN GP DI MALAYSIA RAIH 261,000 PENONTON, JANA RM345 JUTA BUAT PMKS

09 Oct 2026
Sumber: Formula 1 (Facebook)
Sumber: Formula 1 (Facebook)
1 / 7

Agensi berita tempatan Bernama telah melapor baru-baru ini bahawa acara Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Gulf Air Bahrain (F1 Bahrain GP di Malaysia) yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah berjaya beberapa rekod.

Pertama sekali, acara tersebut di mana SIC tampil sebagai tuan rumah pengganti khas telah berjaya menarik 261,000 penonton. Kedua, limpahan ekonomi dari situ juga berjaya menjana lebih dari RM345 juta dalam pendapatan buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

Angka perniagaan itu merupakan anggaran yang didedah oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim. Beliau juga tambah hampir separuh daripada penonto yang hadir ke acara tersebut terdiri daripada pelancong asing, dan semua penonton diunjurkan berbelanja 2.17 kali ganda lebih tinggi berbanding acara biasa.

Berdasarkan kejayaan serta kesan limpahan yang diperoleh, Malaysia boleh memanfaatkan acara sukan antarabangsa seperti F1 sebagai platform untuk PMKS mendapatkan peluang dan akses pasaran lebih luas, tambah Sim.

“Usaha ini termasuk memperkukuh hubungan antara PMKS dengan pemain industri yang lebih besar, penganjur acara, pengusaha pelancongan dan pembekal tempatan supaya manfaat ekonomi yang dijana oleh acara berskala besar ini dapat dinikmati lebih ramai peniaga kecil,” kata menteri tersebut dalam laporan ini.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy, juga tambah manfaat penganjuran acara sukan antarabangsa berskala besar seperti perlumbaan F1 dan penglibatan PKMS turut menyokong matlamat jangka panjang agensi itu, khususnya agenda penskalaan PMKS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Manfaat-manfaat ekonomi ini tetap timbul walaupun pengendalian acara itu, khususnya dari sudut pengurusan logistik dan mobiliti perantaraan keluar masuk litar untuk penonoton, melalui beberapa cabaran dan kesukaran yang ramai penonton telah luah di media sosial.

Ini termasuk waktu penungguan bas perantaraan lama sehingga berjam-jam, kekurangan ruang parkir kenderaan di kawasan luar litar yang ditetapkan (contoh: Stesen Bandar Enstek), penghalangan penonoton bermotosikal untuk menunggang masuk terus ke perkarangan litar, serta harga tiket grandstand, kos makanan dan minuman, dan parkir dalam perkarangan litar yang disifatkan ramai sebagai keras.

Walaubagaimanapun, dengan kejayaan penganjuran acara khas ini, prospek Malaysia menawarkan diri sebagai tuan rumah dilihat ramai sudah bertambah kuat susulan komen Perdana Menteri Datu Seri Anwar Ibrahim dalam satu temu-bual rasmi semasa siaran langsung perlumbaan tersebut.

“Kami sedang membincangkannya,” kata Datuk Seri Anwar temu-bual bersama pengacara sukan terkemuka Martin Brundle atas grid sebelum perlumbaan utama mula Ahad lepas. Mungkinkan ini akan menjadi satu rancangan dalam pengumuman Bajet 2027 yang bakal berlaku lewat hari ini di Parlimen?

Kembali ke lamanTekan Habis