PRODUK

PROTON X50 SPORT EDITION RASMI DILANCAR – RM102,299

16 Oct 2026
PROTON X50 SPORT EDITION RASMI DILANCAR – RM102,299
1 / 5

Setelah dibuka untuk tempahan awal bulan ini, Proton X50 Sport Edition telah rasmi dilancarkan hari ini. Harga versi khas dengan penggayaan sporty ini adalah RM102,299 (Semenanjung Malaysia) dan RM104,299 (Malaysia Timur) tanpa insrans.

Angka tersebut melihat edisi khas ini berharga RM1,999 lebih mahal berbanding varian Flagship sedia ada yang ia diasaskan atas. Seperti dilaporkan sebelum ini, varian Sport Edition in tampil dengan lebih kurang 15 ciri-ciri tambahan dan naik taraf.

Sebagai peringatan semula, varian khas Sport Edition ini diberi kemasan hitam bersama aksen merah bagi estetik luaran dan dalamnya. Ini termasuk tambahan aerokit bersama padanan rim aloi 18-inci hitam dan lencana bonet Sport Edition untuk bahagian luaran.

Beralih ke kabin dan varian ini diberi balutan tempat duduk kulit hitam yang dipadankan jahitan merah, sulaman lencana Sport Edition pada tempat duduk hadapan, tikar lantai TPE dan plat ambang pintu logam Sport Edition.

Selain gubahan estetik gelap dan sporty ini, spesifikasi, tahap kelengkapan dan ciri-ciri mewah lain kekal daripada varian Flagship. Termasuk sekali adalah tren kuasa 1.5-liter 4-silinder i-GT turbo petrol dan transmisi DCT automatik 7-kelajuan yang menghasil output 181PS dan 290Nm.

Ciri-ciri utama lain yang dikekalkan termasuk paparan meter dan skrin sentuh infotainment 14.6-inci yang menawar sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar (wireless) serta sokongan sistem arahan suara Hi Proton”, aplikasi Proton Link 2.0, kamera parkir 360-darjah dengan mod paparan telus, serta 15 fungsi ADAS.

Kekal daripada versi Flagship sedia ada juga adalah pakej lepas jualan yang termasuk dalam harga jualannya yang disebut. Ini merangkumi jaminan waranti 5-tahun tanpa had batuan, pakej upah buruh servis percuma sebanyak enam kali, serta pakek sambungan data kenderaan 5-tahun Pro-Connect dengan kuata bulanan 2GB.

Tidak seperti X50 Sport Edition versi sebelum ini, versi terbaru berasaskan model X50 i-GT (facelift) ini tidak terhad pada angka unit khusus.

Kembali ke lamanTekan Habis