PRODUK

MODENAS Z15GT & ELIT 150S DIKEMAS KINI

10 Sep 2026
MODENAS Z15GT & ELIT 150S DIKEMAS KINI
1 / 45

Jenama motosikal nasional Modenas telah rasmi perkenalkan kemas kini terbaru bagi dua tawaran utamanya iaitu Z15GT dan Elit 150S. Selain pilihan warna dan grafik baharu, Modenas juga telah lakukan beberapa penambahbaikan teknikal untuk dua-dua model.

 

Z15GT TERIMA 7 PERUBAHAN TEKNIKAL

Bermula dengan Z15GT, ‘supercub’ premium ini tampil dengan dua pilihan warna baharu yang menyerlah – Lime Green dan Amazon Green. Selain itu, ia juga diberi tujuh penambahbaikan teknikal yang sebelum ini diperkenalkan melalui kempen Z15GT Care Programme yang baru sahaja dilanjutkan.

Perubahan utama termasuk sistem saliran yang lebih baik bagi dulang limpahan, lapisan dan sealant tambahan pada suis pencucuh, reka bentuk bolt dan collar penutup penyuntik bahan api, tuil brek hadapan baharu dengan garisan penujuk arah baru, dan sambungan snap bagi panel side cover yang diperkukuhkan.

Penting sekali, Modenas juga menambah penutup pada socket tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perlingdungan sistem pendawaian (wire harness) daripada pendedahan air. Bahagian pematerian (solder) dalam suis kiri dan kana juga kini diberi perlindungan tambahan.

Dari segi harga, ‘supercub’ dari jenama motosikal nasional ini yang telah dikemas kini bermula dari RM8,288 (tanpa insurans dan pendaftaran).

 

ELIT 150S TERIMA 3 KEMAS KINI TEKNIKAL

Beralih ke Elit 150S, tawaran skuter premium ini juga telah diberi beberapa perubahan teknikal. Ini termasuk rekaan spring penutup tangki bahan api baharu dengan pemasangan yang lebih tepat, dan pembuangan satu socket terdedah yang tidak digunakan di bahagian hadapn skuter ini.

Seterusnya, Modenas juga mengesahkan kemas kini pada program ECU skuter ini. Perubahan tersebut mengoptimumkan injection timing pada kelajuan tinggi, serta meningkatkan had RPM enjin. Selain tiga perubahan ini, semua spesifikasi teknikal lain dikekalkan.

Skuter ini juga terima tiga pilihan warna dan grafik baharu – Amazon Green, Glorious Black dan Nardo Grey.

Dilancarkan lewat tahun lepas, harga skuter premium dari jenama nasional ini yang juga telah diperbaharui bermula dari RM7,877 (tanpa insurans dan pendaftaran).

Kembali ke lamanTekan Habis