PRODUK

MODENAS LANJUTKAN PROGRAM Z15GT CARE SEHINGGA 31 OKTOBER 2026

04 Sep 2026
MODENAS LANJUTKAN PROGRAM Z15GT CARE SEHINGGA 31 OKTOBER 2026
1 / 7

Lagi berita baik bagi pemilik-pemilik Modenas Z15GT. Program khas Z15GT Care yang dilancarkan pada bulan Julai lalu kini dilanjutkan selama dua bulan lagi sehingga 31 Oktober 2026.

Perkara itu disahkan Modenas melalui siaran akhbar rasminya. Semasa ia mula diumumkan, kempen khas buat pemilik model ‘supercub’ dari jenama motosikal nasional tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Ogos 2026.

Dengan program ini, pemilik Z15GT dapat pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma oleh juruteknik terlatih. Selain itu, bantuan teknikal, pembaikan serta tuntutan waranti bagi kes yang layak, akan diberi kepada pemilik juga.

Program ini ditawarkan pada pemilik Z15GT melalui 57 pengedar sah Modenas terpilih seluruh negara (senarai tersedia dalam galeri imej).

Para pemilik Modenas Z15GT disaran unutuk menghubung pengedar sah terdekat untuk mengambil bahagian melalui penetapan temu-janji pemeriksaan. Pelanggan juga diminta bawa sijil pendaftaran dan dokumen waranti atau rekod servis sekali.

Kembali ke lamanTekan Habis