PRODUK

2026 MG ZS TIBA – 2 VARIAN, DARI RM103,900

02 Nov 2026
2026 MG ZS TIBA – 2 VARIAN, DARI RM103,900
1 / 24

MG Motor Malaysia (SAIC Motor Malaysia) telah rasmi perkenalkan 2026 MG ZS untuk pasaran tempatan. SUV segmen-B ini pernah dipamerkan semasa KLIMS 2026 Jun lalu dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dan kini ditawarkan dalam dua varian – 1.5 Turbo dan Hybrid+.

Terus ke harga, varian 1.5 Turbo ditawarkan pada RM103,900 manakala varian varian Hybrid+ berharga RM109,900. Angka-angka tersebut adalah sedikit rendah daripada harga jangkaan RM105,000 dan RM115,000 masing-masing yang diumumkan bulan lepas.

Sempena pelancaran model baharu ini, MG Motor Malaysia juga mengumumkan promosi di mana pelanggan terawal yang membuat tempahan bakal menikmati ganjaran eksklusif bernilai RM3,000 serta pakej penyelenggaraan percuma selama 5-tahun.

Bagi 3,000 pelanggan pertama, SMG Motor Malaysia menawarkan pakej waranti lanjutan yang merangkumi waranti kenderaan selama 7-tahun tanpa had perbatuan. Manakala bagi varian Hybrid+, ia turut menerima waranti bateri hibrid selama lapan tahun atau 160,000KM.

Beralih ke spesifikasi mekanikal, varian 1.5 Turbo dibekalkan enjin 1.5-liter turbo petrol yang menghasil 170PS dan 275 Nm yang disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi CVT 8-kelajuan. Varian ini juga mempunyai kadar kecekapan bahan api serendah 6.9 liter/100KM.

Varian Hybrid+ pula menggadingkan sebuah enjin 1.5-liter petrol NA dengan sebuah motor elektrik dan bateri berkapasiti 1.83kWj serta padanan bersama transmisi khusus hibrid (DHT) automatik 3-kelajuan. Gabungan keseluruhan sistem ini menghasilkan 215PS dan 465Nm.

Dengan output tersebut, MG mendakwa varian hibrid ini berdiri sebagai tawaran terpantas dalam kelasnya dengan kebolehannya untuk mencapai pecutan 0-100km/j hanya dala 8.7 saat. Selain itu, varian ini juga mempunyai tahap kecekapan bahan api serendah 4.7 liter/100KM.

Ciri-ciri yang dikongsi kedua-dua varian ini termasuk lampu hadapan dan belakang LED penuh, rel bumbung kemasan perak, bumbung suria panaromik elektronik, balutan tempat duduk leatherette, tempat duduk pemandu kawalan kuasa, paparan meter 12.3-inci, pendingin hawa automatik dengan liang udara kabin belakang, serta fungsi kunci pintar.

Kedua-duannya juga menawar tiga mod pemanduan – Eco, Sport Normal - selain paparan skrin sentuh infotainmen 12.3-inci, sokongan Android Auto dan Apple Carplay tanpa wayar dan sistem telematik MG iSmart. Khusus bagi varian Hybrid+, ia ditambah dengan tiga mod janaan semula kuasa serta amaran pejalan kaki berbunyi.

Selain enam beg udara, crossover ini juga dilengkapi sistem bantuan pemanduan (ADAS) yang merangkumi fungsi seperti cruise control adaptif dan pintar, amaran pelanggaran hadapan dan belakang, brek kecemasan automatik, bantuan tukar lorong, bantuan kekal lorong, amaran keluar lorong, pemantau pemandu, pemantau tiitk buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran buka pintu serta kamera 360 darjah

Akhir sekali, crossover terbaharu jenama MG ini tersedia dalam empat pilihan warna badan -Flare Red, Silver, Andes Grey dan York White.

Kembali ke lamanTekan Habis