Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

ZEEKR MALAYSIA KEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDAR TEMPATAN

14 Jul 2026
ZEEKR MALAYSIA KEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDAR TEMPATAN
1 / 4

Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) telah umumkan pengembangan rangkaian pengedarnya. Baru-baru ini, jenama tesebut telah melantik tiga lagi syarikat tempatan sebagai pengedar sah.

Untuk Semenanjung Malaysia, Zeekr Malaysia telah lantik Wheelcorp Pemium dan Quantum Motors yang masing-masing akan mula mengedar jenama tersebut di Lembah Klang dan Seremban. Seterusnya, Ghee Hua Co. Juga dilantik untuk membawa jenama tersebut ke pasaran Malaysia Timur bermula di Kuching, Sarawak.

Menurut Zeekr Malaysia lagi, ketiga-tiga pengedar sah baharu ini akan mengendali cawangan jualan khusus di lokasi terpilih, serta turut akan menawar sokongan lepas-jualan melalui pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) bersepadu.

Dengan tiga pengedar baharu ini, rangkaian jenama Zeekr di Malaysia kini telah kembang dengan sejumlah 11 cawangan. Jenama tersebut juga tambah bahawa rangkaian ini akan terus dikembangkan lagi kepada 18 cawangan menjelang akhir tahun ini – 7 lagi cawangan disasarkan untuk dibuka dalam bulan-bulan akan datang.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis