Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: GWM ORA 5 & HAVAL H7 HI4 DIPRATONTON

12 Jun 2026
KLIMS 2026: GWM ORA 5 & HAVAL H7 HI4 DIPRATONTON
1 / 10

Kami sambung liputan produk-produk baharu yang tampil di KLIMS 2026 semasa Hari Media semalam, dan kini kami ke GWM Malaysia yang baru sahaja umumkan pelantikan strategik baharu buat barisan pimpinannya beberapa hari lepas. Semalam, jenama tersebut telah pratontonkan GWM Ora 5 HEV dan GWM Haval H7 Hi4.

Bermula dengan Ora 5, model ini bakal mengganti GWM Ora Good Cat tidak lama lagi. Menarik sekali, model Ora 5 ini melihat beralihan format dari hatchback elektrik penuh (EV) ke sebuah crossover SUV kompak dengan trenkuasa hibrid (HEV).

Saiz Ora 5 ini besar sedikit berbanding Ora Good Cat, dan ia juga mengguna nadi teknologi hibrid Hi2 yang dibangunkan GWM sendiri. Pakej trenkuasanya merangkumi enjin 1.5-liter 4-silinder turbo petrol yang digandingkan dengan sebuah motor elektrik, pek bateri 1.09kWj dan transmisi DHT (Dedicated Hybrid Transmission) automatik.

Pakej tersebut menghasil output keseluruhan 223PS & 476Nm untuk membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 7.7 saat. Penting sekali, ia juga menjanji kecekapan bahan api serendah 22.7km/liter untuk membolehkan jarak gerak maksima lebih dari 1,100KM juga.

Beralih ke Haval H7 Hi4 pula dan, daripada nama variannya sendir anda boleh sedar ia kongsi trenkuasa Hi4 PHEV (Plug-in Hybrid) bersama model MPV mewah GWM Wey G9. Setup ini gabungkan sebuah enjin 1.5-liter turbo petrol bersama dua motor elektrik, pek bateri 27.54kWj dan transmisi DHT automatik serta pacuan semua roda (AWD).

Output keseluruhan 370PS & 750Nm membolehkan tawaran SUV mewah ini yang juga berdiri sebagai pesaing kepada Jetour T2 ini mencapai pecutan 0-100km/j dalam 6.2 saat. Selain itu, ia juga mempunyai jarak gerak elektrik WLTP sejauh 115KM, manakala jarak gerak maksima gabungan petrol-elektrik juga mencecah lebih 1,000KM.

GWM Malaysia tidak umumkan garis masa pelancaran dua-dua model ini, mahupun angka harga anggaran. Akan tetapi, kami yakin sekurang-kurangnya GWM Ora 5 baharu akan mula dipasarkan dalam lingkungan tahun ini.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis