Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

HONDA MALASIA SERAH 3 UNIT PERTAMA HONDA PRELUDE KEPADA PEMILIK

13 Aug 2026
HONDA MALASIA SERAH 3 UNIT PERTAMA HONDA PRELUDE KEPADA PEMILIK
1 / 9

Melalui siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan awal hari ini, Honda Malaysia dedah ia berjaya meraikan penyerahan tiga unit pertama tawaran hybrid prestasi tinggi terbarunya, iaitu Honda Prelude, kepada tiga pemilik tepatan.

Penyerahan tersebut berlaku dalam satu majis eksklusif yang dianjur syarikat tersebut. Menurut Honda Malaysia, acara berkenaan mengetengahkan kisah berbeza tiga pemilik Prelude iaitu Gan Ker Beng, Wahiduzaman Abu Kashim dan Dr. Davina Navreet Kaur.

Meskipun ketiga-tiga pemilik ini mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka berkongsi minat terhadap karakter Prelude, serta pengalaman pemanduan dan legasi model sports coupe ikonik daripada jenama berlambang-H ini.

Bagi Gan Ker Beng, usahawan dari Johor Bahru ini berkata pemilikan Prelude baharu ini merupakan impian yang akhirnya menjadi kenyataan selepas sekian lama. Baginya, tarikan utama sebaliknya nama Prelude adalah kenangan dan hubungannya dengan Honda yang bermula sejak beliau memiliki sebuah Civic pada era 1990-an.

Kisahnya berbeza bagi Wahiduzaman Abu Kashim. Ahli perniagaan dari Kuala Lumpur tersebut pernah memiliki beberapa model prestasi tinggi Honda sebelum ini. Prelude generasi baharu ini memenuhi kehendaknya untuk sebuah kereta yang mengimbangan antara keseronokan memandu dengan keselesaan untuk panduan harian.

Untuk Dr. Davina Navreet Kaur pula, beliau ujar sudah lama mengimpikan sebuah coupe berwarna merah sejak zaman remaja dan turut meminati teknologi hybrid Honda. Kini, impiannya untuk memiliki sebuah sports coupe merah telah tercapai menerusi Prelude terbaru ini yang beliau tempah tanpa pandu uji pun.

Selain tiga pemilik terawal ini, Honda Malaysia berkata unit-unit lebihan yang ditempah pelanggan tempatan lain bakal tiba dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Syarikat tersebut tidak mendedah berapa jumlah tempah ia telah terima untuk model ini, tetapi kami difahamkan sambutannya dari pembeli tempatan cukup meriah.

Sebagai segaran memori, Honda Malaysia telah rasmi lancarkan 2026 Honda Prelude pada 11 Jun 2026 semasa pameran KLIMS 2026 dengan tanda harga RM278,000. Tawaran prestasi tinggi yang dikuasai teknologi tren kuasa hybrid canggih dan cekap ini diposisikan di bawah model prestasi tinggi utama jenama ini iaitu Civic Type R.

Nadi hybridnya merangkumi enjin 2.0-liter 4-silinder petrol, motor elektrik, pek bateri lithium-ion kompak berkapasiti 1.1kWj, serta transmisi automatik CVT yang menawar fungsi simulasi pertukaran gear yang dipanggil ‘S+ Shift’.

Dengan output keseluruhan 200HP & 315Nm, pecutan 0-100km/j mampu dicapai dalam masa 8.2 saat, manakala kadar kecekapan bahan apinya pula adalah 4.2 liter/100KM. Menarik juga adalah perkongsian casis dan komponen prestasi tinggi bersama model Civic Type R yang disebut tadi, terutamanya sistem gantungan (suspension) dan brek.

Akhir sekali, pakej bantuan pemanduan (ADAS) penuh Honda Sensing juga tersedia sebagai kelengkapan standard.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis