Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

BMW M3 TOURING TIBA – DARI RM898,800

16 Jul 2026
BMW M3 TOURING TIBA – DARI RM898,800
1 / 27

Sempena acara BMW Clubhouse 2026 yang berlangsung minggu ini dari 17 hingga 19 Julai di Factory 19, Petaling Jaya, BMW Group Malaysia telah rasmi lancarkan tiga model baharu. Termasuk di sini adalah dua tawaran baharu prestasi tinggi dari barisan M, dan kami mula dengan BMW M3 Touring Competition M xDrive untuk laporan ini.

Model estate (stationwagon) prestasi tinggi tersebut menandakan kali pertama BMW Group Malaysia menawarkan model M3 ini dalam versi bumbung panjang ‘Touring’ (kod chassis: G81) untuk pasaran tempatan. Menarik sekali, M3 Touring ini juga berdasarkan versi kemaskini LCI (facelift) terbaru yang diperkenalkan sejak pertengahan 2024.

Seperti kembar sedan empat-pintunya (kod chassis: G80), versi Touring ini kongsi nadi 3.0-liter 6-silinder sebaris turbo petrol S58B30 terkemuka jenama Bavaria ini yang menghasil 530PS & 650Nm. Pakej tren kuasa ini juga merangkumi transmisi automatik M Steptronic 8-kelajuan, sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive, serta differential M Sport.

Dengan pakej tersebut, pecutan 0-100km/j dicapai hanya dalam masa 3.6 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum terhad 250km/h. Untuk peminat pemanduan sukan, model ini juga dilengkapi fungsi M Active yang membolehkan penghantaran kuasa ke gandar belakang secara eksklusif dengan sistem DSC dimatikan sekali.

Kelengkapan utama lain juga termasuk sistem gantungan M Adaptive Suspension, sistem brek M siap dengan angkup (caliper) brek warna merah, serta rim aloi ringan M Style 825 Bicolour Black dalam saiz 19-inci (hadapan) dan 20-inci (belakang). Selain itu, model ini juga dilengkapi pelbagai elemen-elemen estetik luaran dan dalaman yang sporty.

Anda boleh meneliti semua aspek tawaran estate (wagon) prestasi tinggi unik ini melalui galeri imej yang tersedia.

Terus ke harga, BMW M3 Touring Competition M xDrive kini buka untuk tempahan dengan harga asas RM898,800 (tanpa insurans). Angka tersebut naik ke RM950,900 jika pembeli memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) yang meliputi jaminan dan khidmat servis kenderaan selama 5-tahun.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis