Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 YAMAHA XMAX 300 TECH MAX TIBA – RM28,499

10 Aug 2026
2026 YAMAHA XMAX 300 TECH MAX TIBA – RM28,499
1 / 14

Selain XSR 155 dan Y16ZR-R, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga mengambil kesempatan untuk mempekenalkan maxi-scooter 2026 Yamaha XMax 300 Tech Max baharu hujung minggu lepas sempena karnival YamahaGenBlu 2026 yang berlangsung pada hujung minggu lepas di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Tawaran ini tampil sebagai pilihan lebih premium berbanding XMax 250 sedia ada di mana ia dilengkapi pelbagai ciri tambahan yang meningkatkan keselesaan dan pengalaman tunggangan. Menarik sekali, model ini juga dilengkapi dengan tren kuasa berkapasiti lebih besar.

Terus ke spesifikasi mekanikal, maxi-scooter ini dipacu enjin 292cc silinder tunggal SOHC dengan penyejukkan cecair yang menghasil 27.6HP dan 28.9NM. Jika dibandingkan, model XMax 250 dengan nadi 249cc menjana 22.8HP dan 24.5NM. Kekal disini adalah padanan transmisi automatik CVT dengan pacuan V-belt.

Selain keperluan memegang lesen kelas B penuh (B-Full), apa yang mungkin menghampakan ramai peminat tempatan adalah ketidakhadiran setup penyerap hentak kembar belakang Öhlins – ciri ini hadir dalam versi model yang sama di pasaran luar lain.

Di sebalik itu, XMax 300 Tech Max bagi pasaran Malaysia tetap tampil dengan paparan meter TFT digital berwarna 4.2-inci yang tampil degan fungsi-fungsi ketersambungan canggih seperti aplikasi Yamaha Y-Connect, sokongan khas aplikasi navigasi Garmin, kawalan alat komunikasi helmet Bluetooth, serta fungsi kunci pintar (Smart Key).

Sentuhan eksklusif lain termasuk tempat duduk ‘comfort seat’ premium berkemasan gaya kulit yang direka untuk memberikan posisi tunggangan lebih santai, serta pakej estetik ‘Tech Max’. Kekal di sini dari versi XMax 250

Selain itu, maxi-scooter ini juga dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 13-liter, setup brek cakera depan dan belakang lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran, dan juga sistem kawalan cengkaman (traction control – TCS) yang menjanjikan tunggangan yang lebih selamat.

Untuk pasaran tempatan, HLYM menawakkan 2026 XMax 300 Tech Max hanya dalam warna Crystal Graphite, dan harga asas baginya adalah RM28,499 (tanpa insurans dan kos pendaftaran).

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis