Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari telah rasmi lancarkan model EV MPV mewah Xpeng X9 versi facelift tahun 2026 terbaru untuk pasaran tempatan. Tiga varian kini tersedia iatu FWD Standard Range, FWD Long Range, dan AWD Performance.
Satu perubahan terbesar bagi model ini untuk pasaran Malaysia ialah ketersediaan varian pacuan AWD buat kali pertama. Varian ini dilengkapi setup dwi-motor yang menghasil 496HP & 640Nm untuk memboleh pecutan 0-100km/j hanya dalam 5.9 saat.
Varian FWD) pula didatangkan dengan motor yang menghasil 320hp & 450Nm, dan ini membolehkan pecutan 0-100km/j dicapai dalam 7.75 saat (FWD Standard Range) dan 8.2 saat (FWD Long Range).
Satu lagi peningkatan besar ialah penggunaan pek bateri jenis NMC berkapasiti lebih besar – 94.8kWj (FWD Standard Range) dan 110kWj (FWD Long Range & AWD Performance). Ini juga membawa jarak gerak WLTP lebih jauh – 615KM (FWD Long Range), 535KM (FWD Standard Range), 580KM (AWD Performance).
Model X9 versi facelift baharu ini juga menawarkan kelajuan pengecasan DC yang dipertingkatkan sehingga 537kW (FWD Standard Range) / 542kW (FWD Long Range dan AWD Performance). Sebelum ini, versi pre-facelift hanya menerima setinggi 317kW.
Selain itu, dan beberapa penambahbaikan lain pada pakej keseluruhan, EV MPV premium ini ditawarkan pada harga:
- 2026 XPeng X9 FWD Standard Range: RM279,888
- 2026 XPeng X9 FWD Long Range: RM297,888
- 2026 XPeng X9 AWD Performance: RM333,888
Termasuk dalam harga tersebut adalah waranti kenderaan asas 5-tahun atau 120,000KM, waranti bateri voltan tinggi 8-tahun atau 160,000KM, serta pakej servis percuma selama 5-tahun atau 100,000KM.





