INDUSTRI

UMW TOYOTA MOTOR KEKAL MOMENTUM JUALAN POSITIF DALAM SUKU KETIGA 2026

16 Oct 2026
UMW TOYOTA MOTOR KEKAL MOMENTUM JUALAN POSITIF DALAM SUKU KETIGA 2026
1 / 6

Dalam satu siaran akhbar rasmi, UMW Toyota Motor (UMWT) telah dedah prestasi jualannya sepanjang suku ketiga bagi tahun 2026 – dari Julai ke Sept – telah mencapai jumlah melebihi 24,500 unit.

Dengan prestasi jualan positif tersebut, UMWT mengesahkan jumlah jualan terkumpul bagi tempoh Januari hingga ke akhir September tahun ini sudah melebihi 60,800 unit. Menurut Presiden UMWT Datuk Ravindran K., prestasi yang dicatatkan pada suku ketiga terus mencerminkan kepercayaan berterusan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota.

Sehubungan itu, UMWT juga ambil kesempatan untuk memberi penekanan terhadap aspek kebolehpercayaan, kemudahan dan keyakinan pelanggan, termasuk selepas mereka membawa pulang kenderaan dari bilik pameran.

Langkah ini juga selaras dengan perubahan pasaran automotif Malaysia yang kini lihat lebih banyak pilihan tampil, peningkatan minat terhadap model elektrifikasi serta jangkaan pelanggan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan selepas jualan.

Ini juga nyata melalui usaha UMWT memperkukuhkan perkhidmatan digitalnya. Malah, pengeluar tersebut telah mula memperluaskan akses kepada kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara, dan ini juga selaras dengan pendekatan Multi-Pathway  terkemuka pengeluar itu.

Menerusi kerjasama dengan operator titik pengecasan EV utama tempatan chargEV dan JomCharge, UMWT kini menyediakan akses ke lebih banyak lokasi pengecas EV awam di lokasi cawangan pusat jualan Toyota dan Lexus.

Secara keseluruhan, sebanyak 42 titik pengecasan EV di 21 lokasi dijadualkan dilaksanakan secara berperingkat oleh UMWT dalam separuh pertama 2027. Setakat ini, 7 lokasi telah disiapkan, manakala baki lokasi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menarik sekali, kemudahan pengecasan EV ini bukan hanya dikhaskan kepada pemilik Toyota atau Lexus. Sebaliknya, kemudahan ini adalah terbuka kepada semua pengguna EV tempatan. Maklumat lanjut boleh didapati melalui aplikasi chargEV dan JomCharge.

Kembali ke lamanTekan Habis