PRODUK

TQ WULING BINGO EV TERIMA REBAT KHAS, HARGA KINI MULA DARI RM56,800

10 Sep 2026
TQ WULING BINGO EV TERIMA REBAT KHAS, HARGA KINI MULA DARI RM56,800
1 / 11

Sempena sambutan Hari Malaysia, sebuah rebat khas bernilai sehingga RM6,000 akan ditawarkan oleh TQ Wuling untuk model kereta kompak elektrik penuh (EV) utamanya iaitu Bingo EV. Dengan rebat tersebut, harga model itu kini bermula dari RM56,800.

Rebat khas ini ditawarkan sepanjang bulan September ini untuk dua-dua varian EV kompak tersebut.

 

REBAT KHAS & PENGECAS EV PERCUMA

Khusus bagi varian Bingo EV Pro, ia ditawarkan dengan rebat Hari Malaysia sebanyak RM4,000, rebat insurans sehingga RM2,000, serta pengecas EV mudah alih percuma. Justeru, dengan rebat tersebut, harga jualan varian ini dikurangkan dari RM62,800 ke RM56,800 (tanpa insurans).

Bagi varian Bingo EV Max pula, pakej rebatnya merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM2,000 dan rebat insurans sehingga RM2,000. Khas bagi varian ini juga adalah tawaran pengecas rumah (wallbox) 7kW dan pengecas EV mudah alih percuma. Justeru, harga varian ini dkurangkan dari RM67,800 ke RM63,800 (tanpa insurans).

 

HARGA BERBEZA DI SABAH & SARAWAK

Khusus untuk pembeli di Sabah dan Sarawak, rebat Hari Malaysia RM4,000 dan rebat insurans RM2,000 yang sama ditawarkan bagi varian Bingo EV Pro. Ini mengurangkan harganya dari RM65,560 ke RM59,560 (tanpa insurans)

Varian Bingo EV Max pula ditawarkan dengan rebat berjumlah RM4,000, justeru mengurangkan harganya dari RM70,560 ke RM66,560 (tanpa insurans). Menarik sekali, dua-dua varian turut ditwarkan dengan pakej pengecas EV percuma yang sama.

 

PESAING UTAMA PROTON E.MAS 5 & PERODUA QV-E

Dengan rebat terbaru ini, TQ Wuling BIngo EV kini diposisikan lebih baik untuk bersaing dengan Proton e.MAS 5 dan Perodua QV-E dalam segmen EV kompak mampu-milik pasaran tempatan.

Untuk rujukan perbandingan, Proton e.MAS 5 kini berharha RM56,800 (Prime) dan RM69,800 (Premium), manakala Perodua QV-E pula berharga RM87,499 (tanpa BaaS) dan RM63,499 (dengan BaaS).

Nantikan perbincangan lebih mendalam tentang perkembangan segmen ini oleh hos-hos kami dalam episod podcast yang akan datang...

Kembali ke lamanTekan Habis