INDUSTRI

TQ WULING BAKAL MULA CKD BATERI EV DI MALAYSIA

21 Sep 2026
Sumber: FB
Sumber: FB
1 / 6

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasminya, TQ Wuling  telah sahkan bahawa satu perjanjian kerjasama baharu telah ditandatangi syarikat induknya iaitu Tan Chong Motor Group bersama SAIC-GM-Wuling.

Menerusi perjanjian tersebut, dua-dua syarikat telah bersetuju untuk membangunkan operasi pemasangan bateri kenderaan elektrik (EV) secara tempatan (CKD) di Malaysia. Tidak bayak maklumat diberi melalui perkongsian laman sosial tersebut.

Pada masa yang sama, satu laporan oleh akhbar perniagaan tempatan The Edge menyatakan bahawa Tan Chong juga telah memeterai satur perjanjian selama setahjun dengan lagi satu syarikat China iaitu Saike REPT Power Battery System bermula 17 Sept.

Menerusi perjanjian ini, dua-dua syarikat telah setuju untuk meneroka peluang menghasilkan pek bateri EV dan komponen terpilih secara tempatan di Malaysia, serta peluang untuk eksport hasil ini ke luar negara. Saike merupakan pembekal bateri EV utama bagi jenama TQ Wuling.

Selain itu, dua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka kaedah pengendalian bateri EV terpakai secara bertanggungjawab. Ini termasuk proses kitar semula dan penggunaan semula bateri untuk aplikasi lain melalui konsep penggunaan hayat kedua (second-life utilisation).

Sebelum ini, jenama Wuling telahpun menjadi pengeluar China pertama untuk membangunkan operasi penghasilan bateri EV di Indonesia. Unit pertama bateri ‘Magic Battery’ milik syarikat tersebut telah berjaya mula pengeluarannya pada lewat tahun 2024.

Diumumkan pada 20 Sept 2024 dengan nilai pelaburan RMB40 juta (RM24 juta), projek tersebut derealisasikan hanya dalam sekitar empat-setengah bulan dari peringkat permulaan projek sehingga pegeluaran bateri mula.

Kembali ke lamanTekan Habis