PRODUK

TOYOTA YARIS 2027 DILANCARKAN, BERMULA RM90,400

17 Nov 2026
TOYOTA YARIS 2027 DILANCARKAN, BERMULA RM90,400
1 / 15

UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Toyota Yaris baharu bagi tahun 2027, dengan 2 varian - 1.5G AT dan 1.5E AT, masing-masing dengan harga RM96,400 dan RM90,400.

Model terbaru yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia ini ditampilkan dengan bahagian luaran baharu, termasuk rekaan bahagian hadapan baharu yang dipanggil Hammerhead. 

Toyota Yaris dipacu enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-i, yang dipadankan dengan transmisi CVT Sport Sequential Shiftmatic serta mod pemanduan berbeza mengikut keperluan. Transmisi ini mempunyai perisian bagi memberikan pemandu merasakan seakan-akan transmisi 7 kelajuan, apabila menggunakan “paddle shifter”.

Dari segi peralatan keselamatan, model ini dilengkapi Toyota Safety Sense, yang termasuk sistem pra-pelanggaran dan amaran keluar lorong. Ciri-ciri lain juga termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (traction control), pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan juga sensor parkir bahagian hadapan.

Selain itu, Yaris juga datang dengan perakam video digital bahagian hadapan dengan resolusi 4K. Pemilik model ini juga disokong dengan program pemilikan Toyota Extra Mile.

Di bahagian dalam, Yaris dilengkapi paparan TFT 4.2 inci, dan juga sistem paparan audio dengan Apple Carplay dan Andriod Auto, serta pengecas tanpa wayar bagi telefon bimbit.

Kembali ke lamanTekan Habis