Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

TNG E-WALLET KINI TAWAR TEMPAHAN SERVIS KERETA DI TCEAS UNTUK SEMUA JENAMA

24 Aug 2026
TNG E-WALLET KINI TAWAR TEMPAHAN SERVIS KERETA DI TCEAS UNTUK SEMUA JENAMA

Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) dan TNG Digital telah bekerjasama untuk menawarkan satu perkhidmatan tempahan dan bayaran servis kereta baharu untuk pelanggan yang kini tampil dalam applikasi mudah alih Touch ‘n Go eWallet.

Fungsi terbaru ini membolehkan pelanggan membuat janji temu servis dengan pilihan lebih 50 pusat servis TCEAS di seluruh negara. Menariknya, perkhidmatan ini bukan hanya untuk pemilik Nissan.

Melalui siaran akhbar rasminya, TCEAS turut jelaskan bahawa perkhidmatan ini sedia menerima tempahan oleh pemilik kenderaan Proton, Perodua, Toyota, Honda, Mitsubishi, Mazda, Subaru, Hyundai dan Kia, selain beberapa jenama lain.

Selain itu, perkidmatan baharu ini juga menawarkan pelbagai pakej servis kenderaan yang bermula dari serendah RM109 apabila ditempah melalui aplikasi tersebut.

Selain penyelenggaraan berkala (scheduled maintenance), perkhidmatan diagnostik, pembaikan, tayar serta body & paint turut ditawarkan TCEAS menerusi rangkaian pusat servisnya  di seluruh negara.

Pemilik kenderaan yang ingin membuat tempahan hanya perlu ikuti langkah langkah ini di dalam aplikasi TNG eWallet:

1.        Buka aplikasi TNG eWallet

2.        Taip “Tan Chong” pada ruangan carian

3.        Pilih mini program Tan Chong Ekspres Auto Service (TCEAS)

4.        Pilih pakej servis yang dikehendaki

5.        Pilih pusat servis dan tarikh janji temu

6.        Buat pembayaran melalui TNG eWallet

Selepas langkah-langkah tadi selesai dan pembayaran disahkan, pusat servis TCEAS yang dipilih akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan janji temu.

Bagi pembaca yang mempunyai pertanyaan mengenai tempahan servis TCEAS melalui TNG eWallet, anda boleh menghubungi Customer Care Hotline 24 jam TCEAS di 1800-88-2447.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis