SM ST. PATRICK JUARA TOYOTA ECO YOUTH 2026
Sekolah Menengah St. Patrick, Sabah muncul juara keseluruhan Toyota Eco Youth 2026 (TEY 2026), yang mana pameran dan peringkat akhir berlangsung di Shah Alam, minggu lepas.
TEY 2026 telah menerima 350 penyerahan projek dari seluruh negara, dengan 30 sekolah disenarai pendek pada bulan April lalu bagi melaksanakan projek-projek mereka, yang berasaskan kelestarian alam.
15 sekolah mara ke peringkat akhir, menampilkan pelbagai penyelesaian bagi menangani isu pembaziran makanan, sisa elektronik, pencemaran air, sisa tekstil dan pelepasan karbon, serta menggunakan kaedah penyelesaian masalah 8 langkah Toyota (Toyota's 8-Step Problem Solving Methodology).
SM St. Patrick telah menampilkan projek bertajuk Organic waste through Black Soldier Fly (BSF) technology, justeru merangkul hadiah wang tunai RM30,000 sebagai juara TEY 2026.
“Toyota Eco Youth dibina berteraskan prinsip yang telah membimbing Toyota selama berdekad-dekad lamanya: memahami punca sebenar sesuatu masalah dan sentiasa menambah baik cara kita menanganinya. Sepanjang 25 edisi penganjurannya, kami telah membawakan pendekatan ini kepada para pelajar, sekali gus memberi mereka peluang untuk membangunkan serta melaksanakan penyelesaian dalam komuniti mereka sendiri”, kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K..
Pertandingan yang bermula hanya dengan 8 sekolah pada tahun 2001, kini telah memanfaatkan hampir 720 sekolah sejak dianjurkan buat kali ke-25 tahun ini. Program ini telah memanfaatkan 360,000 pelajar dan komuniti berhampiran sehingga kini.
“Apa yang paling penting adalah melihat para pelajar mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari, walaupun selepas pertandingan berakhir. Inilah jenis kemajuan yang ingin kami sokong melalui Move Your World”, tambahnya.



