INDUSTRI

PROTON E.MAS KEKAL SEBAGAI JENAMA EV TERLARIS MALAYSIA

14 Oct 2026
Gambar hiasan
Gambar hiasan
1 / 4

Dalam satu siaran akhbar rasmi, Proton e.MAS (PRO-NET) dedah ia kekal sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) terlaris dalam pasaran tempatan Malaysia susulan kejayaannya menjual lebih dari 32,000 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026.

Pencapaian itu sekali gus menyaksikan jenama EV nasional berkenaan mengekalkan kedudukannya sebagai jenama EV terlaris di Malaysia. Jenama tersebut juga mengesahkan ia telah merekodkan prestasi eksport bulanan tertinggi dalam sejarahnya.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan awal minggu ini, PRO-NET melihat 3,701 unit model EV jenama Proton e.MAS berjaya dijual di pasaran domestik sepanjang bulan Sept 2026. Termasuk eksport, jumlah tersebut naik ke 4,340 unit.

Dengan tu, jumlah jualan domestik sahaja dalam tempoh sembilan bulan tersebut mencecah 31,104 unit, manakala pegangan pasaran EV tempatan oleh jenama Proton e.MAS dianggarkan di sekitar 46.4%. Bersama eksport, jumlah jualan naik ke 32,200 unit.

Seperti dijangkakan, model e.MAS 5 – tawaran paling mampu-milik jenama itu – mencatat jualan paling laris sekali. Bagi bulan Sept 2026 sahaja, 2,490 unit e.MAS 5 terjual, manakala jumlah jualan tahunannya setakat berjumlah 20,327 unit.

Selain itu, model e.MAS 5 juga tampil sebagai tawaran eksport paling laris buat Proton e.MAS. bulan lepas, 358 unit hatchback elektrik ini telah dieksport.

Model crossover SUV EV e.MAS 7 dan kembarnya iaitu e.MAS 7 PHEV pula mencatat jualan sebanyak 526 unit dan 685 unit masing-masing pada bulan lepas. Jumlah jualan tahunan setakat ini pula berjumlah 4,5320 unit dan 6,247 unit masing-masing.

Khusus pada eksport, model e.MAS 7 sudah merekodkan jumlah eksport terkumpul sebanyak 1,755 unit sejak ia dilancarkan pada bulan Dis 2024. Model e.MAS 7 PHEV mula baharu sahaja lihat eksportnya mula bulan lepas dengan 5 unit pertama dieksport.

Kembali ke lamanTekan Habis