Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON E.MAS BERKERJASAMA DENGAN 3 CPO UTAMA BANGUNKAN STESEN PENGECASAN SENDIRI

24 Aug 2026
PROTON E.MAS BERKERJASAMA DENGAN 3 CPO UTAMA BANGUNKAN STESEN PENGECASAN SENDIRI
1 / 7

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah umumkan kerjasama strategik baharu dengan tiga pengendali titik pengecasan (charging point operator - CPO) utama di Malaysia, khususnya DC Handal, JomCharge dan chargEV.

Susulan kerjasama ini, PRO-NET bakal perkenalkan stesen pengecasan berjenama Proton e.MAS di seluruh negara, serta tawaran kadar pengecasan istimewa kepada pemilik kenderaan Proton e.MAS.

Pelaksanaannya dijadualkan bermula pada suku ketiga (Q3) tahun ini 2026. Menurut PRO-NET, pembangunan awal rangkaian ini akan bermula di lokasi tumpuan dan kawasan awam yang mempunyai jumlah kunjungan tinggi.

Setelah beroperasi, pemilik Proton e.MAS yang menggunakan stesen pengecasan terlibat akan menikmati kadar pengecasan khas apabila pembayaran dibuat menerusi aplikasi Proton e.MAS.

Kadar khusus ini yang akan ditawarkan pada para pemilik Proton e.MAS masih belum diumumkan buat masa kini, tetapi dan akan dipersetujui bersama antara PRO-NET dengan CPO terlibat.

Selain penjenamaan stesen pengecasan yang terlibat, kerjasama antara PRO-NET dan syarikat-syarikat CPO terlibat juga merangkumi aktiviti pemasaran serta sokongan usaha memperluaskan infrastruktur pengecasan EV seluruh negara.

Buat masa ini, ekosistem pengecasan EV Proton e.MAS menyediakan akses ke lebih 4,700 titik pengecasan menerusi aplikasi Proton e.MAS yang turut disepadukan dengan Peta Pengecasan Langsung yang boleh diakses dalam kenderaan Proton e.MAS.

Selain memudahkan pengguna, inisiatif ini akan juga menyokong agenda lokalisasi kerajaan dengan pembukaan lebih banyak peluang pada vendor dan syarikat tempatan untuk terlibat dalam pembangunan ekosistem EV negara.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis