Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

Program Biodiesel Negara Dijangka Guna 1.13 Juta Tan Sawit Pada Tahun 2026

14 Jul 2026
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Program Biodiesel Negara dianggarkan bakal menggunakan 1.13 juta tan minyak sawit menjelang penghujung 2026, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). 

Angka ini mengambil kira penggunaan minyak sawit mentah (CPO) terkini pada tahun 2025 dan juga anggaran kenaikan penggunaan CPO susulan pelaksanaan biodiesel B15 pada Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis ke parlimen, KKPK berkata pada tahun 2025, penggunaan palm methyl ester (PME) bagi B10 dan B20 dalam sektor pengangkutan dan B7 dalam sektor industri berjumlah 934,823.31 tan, sementara pelaksanaan B15 mulai Jun 2026 dijangka meningkatkan penggunaan CPO kepada (anggaran) 330,000 tan setahun bagi pengangkutan biodiesel domestik. Melalui data penggunaan CPO pada tahun 2025, dan digandingkan dengan anggaran kenaikan penggunaan dari pelaksanaan B15, penggunaan keseluruhan bagi Program Biodiesel Negara dijangka mencecah 1.13 juta tan pada hujung tahun 2026.

KPK berkata demikian sebagai respon kepada ahli parlimen Seputeh mengenai status penambahbaikan depot biodiesel di Malaysia bagi menyimpan, membancuh dan mengedarkan biodiesel B20, dan juga anggaran jumlah dan nilai minyak sawit yang akan digunakan sehingga hujung tahun ini.

-- Sumber: Bernama

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis