PORSCHE CAYENNE ELECTRIC KINI DI MALAYSIA – DARI RM699,000
Baru-baru ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) telah kembangkan lagi barisan modelnya dengan tambahan baharu iatu Porsche Cayenne Electric.
EV SUV prestasi tinggi dan premium terbaru berasaskan Premium Platform Electric (PPE) dengan seni bina 800-volt serta kelengkapan bateri NMC 113kWj ini tersedia dalam 3 varian utama – Cayenne Electric, Cayenne S Electric dan Cayenne Turbo Electric – dan dua pilihan gaya badan – standard dan coupe.
Terus ke harga dan varian asas Cayenne Electric ditawarkan pada harga asas RM699,000 dan RM749,000 (coupe). Varian Cayenne S Electric pula bermula dari RM759,000 dan RM805,000 (coupe), manakala varian Turbo bermula dari RM969,999 dan RM999,999 (coupe).
Barisan ini bermula dengan Cayenne Electric, dan varian asas ini mengguna setup dwi-motor yang menjana 408PS (atau 442PS dalam mod Launch Control) dan 835Nm untuk membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 4.8 saat dan kelajuan maksimum 230km/j. Jarak gerak maksimum WLTP pula adalah 642KM dan 661KM (coupe).
Seterusnya ialah varian Cayenne S Electric, dan vbarian ini mengguna setup dwi-motor lebih berkuasa – 544PS (666PS dalam mod Launch Control) dan 1,080Nm. Pecutan 0-100km/j dicapai varian ini dalam 3.8 saat, serta kelajuan maksimum terhad 250km/j, manakala jarak gerak maksimum WLTP pula adalah 652KM dan 669KM (coupe).
Varian Turbo pula mempunyai output 857PS (atau 1,156PS dalam mod Launch Control) dan 1,500Nm untuk membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 2.5 saat dan kelajuan maksimum terhad 260km/j. Jarak gerak maksimum WLTP varian ini pula adalah 624KM dan 637KM (coupe).
Seni-bina 800-volt yang disebut tadi mampu menyokong pengecasan pantas DC sehingga 390kW (atau 400kW dalam keadaan ideal), dan ini mampu memberi pengecasan 10-80% dalam 16 minit. Sokongan pengecasan AC biasa 11kW tersedia, manakala sokongan pengecasan AC 22kW sedia sebagai pilihan tambahan.
Menarik sekali, Cayenne Electric ini juga berdiri sebagai EV pertama di dunia yang tampil dengan kebolehan pengecasan tanpa wayar. Teknologi ini mengguna pad pengecasan khas yang ditawarkan sebagai aksesori tambahan pada para pembeli.
Selain itu, sorotan utama casis EV SUV prestasi tinggi mewah ini termasuk sistem gantungan udara aktif bersama peredam adaptif Porsche Active Suspension Management (PASM), kobolehan brek regeneratif sehingga 600kW, sistem stereng roda belakang, Porsche Torque Vectoring (PTV) Plus, dan banyak lagi.
Di dalam, Cayenne Elektrik dilengkapi susunan visual yang terdiri daripada panel meter OLED melengkung 14.25-inci dan paparan penumpang pilihan 14.9-inci, serta skrin sentuh infotainmen Flow Display OLED yang menarik dengan selekoh mendatar untuk memisahkan kawasan paparan dan kawalan.
Lengkap di sini juga adalah paparan augmented reality head-up display 87-inci, kawalan suara diperkaya dengan AI, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta dan pad magnet untuk pengecas tanpa wayar Qi.
Tempahan kini sudah buka melalui Porsche Malaysia di cawangan-cawangan rasminya seluruh negara. Model elektrik penuh ketiga oleh Porsche selepas Taycan dan Macan juga berdiri sebagai model SUV dari generasi keempatnya diposisikan sebagai pilihan baharu tambahan kepada versi petrol semasa.


































