PERODUA & TAN CHONG AKAN BEKERJASAMA UNTUK PEMASANGAN, CAT QV-E
Menurut satu laporan oleh akhbar tempatan The Star baru-baru ini, pihak Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB) dan Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) telah menandatangani satu perjanjian tiga tahun, dan ini membabitkan operasi penghasilan model Perodua QV-E.
Menurut laporan itu, Tan Chong bakal menyediakan perkhidmatan electro-deposition (ED) coating dan mengecat, serta sewaan dan kemudahan pemasangan kenderaan yang khusus di kilang syarikat tersebut di Serendah bagi model Perodua QV-E- model elektrik penuh (EV) pertama jenama itu.
Laporan itu juga menyatakan perjanjian tersebut akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2029. Perodua juga dilaporkan mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian ini selama dua tahun lagi dengan syarat ia mengemukakan notis bertulis sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tempoh asal perjanjian tersebut berakhir.
Laporan ini juga menjelaskan bahawa pihak PSSB akan bertanggungjawab untuk mendapat dan mengekal kelulusan, permit, dan lesen yang diperlukan, serta pematuhan undang-undang dan keperluan kawal selia bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV), serta penyelenggaraan dan perlindungan insurans yang mencukupi bagi peralatan projek tersebut.



