Hyundai Motor Malaysia (HMY) mengumumkan IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N kini dibuka untuk pendaftaran!
Yang menarik, model ini adalah "built to order", dengan harga anggaran dari RM450,000 dan RM460,000 di pengedar sah Hyundai N di bawah Sime Darby Auto Hyundai Sdn. Bhd, Goh Brothers dan Heng Lian Enterprise dengan lebih banyak pengedar bakal diumumkan tidak lama lagi.
Peminat model ini juga boleh melihat IONIQ 5 N dengan mata sendiri di Penang Autoshow 2026 yang sedang berlangsung dari 1-3 Mei 2026.

