UMUM

PDRM TERIMA PROTON E.MAS 5, E.MAS 7 & E.MAS 7 PHEV UNTUK PENILAIAN

18 Sep 2026
PDRM TERIMA PROTON E.MAS 5, E.MAS 7 & E.MAS 7 PHEV UNTUK PENILAIAN
1 / 8

Baru-baru ini, Proton New Energy Technology (PRO-NET) dedah ia telah menyerahkan beberapa unit model kenderaan tenaga baharu (NEV) utamanya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kederaan yang diserahakan ini akan melalui program penilaian kebolehgunaan oleh PDRM.

Melalui siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan, anak syarikat jenama nasional tersebut telah menyerahkan satu unit Proton e.MAS 5, satu unit Proton e.MAS 7 dan satu unit Proton e.MAS 7 PHEV kepada PDRM melalui satu majlis penyerahan khas yang diadakan di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Turut hadir untuk majlis tersebut ialah  timbalan CEO Proton Datuk Ir. Abdul Rashid bin Musa, dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM CP Datuk Redzuan bin Abd Hamid.

Menurut Pro-Net, penilaian ini akan meliputi aspek seperti kebolehgunaan, praktikaliti dan keperluan pengecasan, dan ini bakal memberi PDRM gambaran yang jelas kesesuaian ketiga-tiga NEV ini dengan keperluan operasinya.

Untuk menyokong penilaian tersebut, PRO-NET juga sah salah satu syarikat operator titik pengecasan EV tempatan utama iaitu Gentari akan turut menyediakan pengecasan percuma untuk ketiga-tiga kenderaan Proton e.MAS tersebut sepanjang tempoh penilaian.

Bagi PDRM, penilaian ini memberikan peluang kepada para anggotanya untuk menimba pengalaman secara langsung dengan pelbagai teknologi NEV, di samping mengumpulkan data dan maklum balas berdasarkan penggunaan kenderaan tersebut.

Maklumat yang diperoleh bakal membantu PDRM memahami kesesuaian teknologi EV dan PHEV dengan keperluan penggunaan kenderaannya.

“Penilaian bersama PDRM ini merupakan peluang yang baik untuk kami melihat sendiri bagaimana kenderaan eMas dapat digunakan dalam situasi sebenar, dan memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh berbanding pandu uji biasa,” ulas Datuk Rashid semasa majlis penyerahan khas yang disebut tadi.

Kembali ke lamanTekan Habis