PRODUK

NEXEN TIRE LANCAR TAYAR N’BLUE S & N’FERA PRIMUS UX

03 Nov 2026
NEXEN TIRE LANCAR TAYAR N’BLUE S & N’FERA PRIMUS UX
1 / 21

Jenama pengeluar tayar Korea terkemuka iatu Nexen Tire telah rasmi perkenalkan dua tawaran baharu yang dibangunkan khas untuk kegunaan di jalan raya Malaysia yang dikenali sebagai N’BLUE S dan N’FERA PRIMUS X.

Menurut pengeluar tersebut, dua-dua tayar ini telah dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kestabilan pemanduan dalam pelbagai keadaan jalan raya. Khususnya, selain keperluan pemanduan jarak jauh atas lebuh raya, penghasilan dua-dua tayar ini telah mengambil kira keadaan cuaca tempatan yang panas dan kerap mengalami hujan lebat.

Bermula dengan N’BLUE S, tayar kategori ‘touring’ ini menjanjikan tahap cengkaman lebih babik di jalan basah melalui penggunaan corak bunga tayar yang membantu mengalirkan air keluar dari permukaan sentuhannya, sekaligus mengurangkan risiko fenomena ‘aquaplaning’. Ia turut disokong struktur berintangan golek rendah (low rolling resistance) untuk mumupuk kecekapan bahan api.

Khusus untuk pasaran tempatan Malaysia, Nexen N’BLUE S tersedia dalam 110 pilihan saiz dan profil untuk dimuatkan pada pelbagai jenis kenderaan penumpang yang dilengkapi rim bersaiz 14-inci hingga 17-inci.

N’FERA PRIMUS UX pula diposisikan sebagai tawaran tayar berprestasi ultra-tinggi (UHP). Ia direka dengan struktur yang diperkukuh untuk meningkatkan kestabilan panduan kealajuan tinggi, khususnya di lebuh raya. Pengeluar itu jugsa mendakwa tawaran ini menjanjikan jangka hayat penggunaan 20% lebih panjang berbanding versi generasi sebelumnya.

Untuk memastikan ia boleh diguna pelbagai jenama, jenis dan model kenderaan penumpang dari Eropah, Jepun, Korea dan China, produk N’FERA PRIMUS UX ini juga dibina mengguna konsep ‘One Universal Fit’.

Menarik sekali, dua-dua tayar ini tersedia dalam versi khusus kenderaan penumpang dengan enjin pembakaran tradisional (ICE) serta elektrik penuh (EV). Versi tayar EV dua-dua juga tampil dengan tanda ‘EV ROOT’ pada sidewall.

Selain itu, Nexen Tire juga menawarkan dua-dua tayar baharu ini dengan Program Pertukaran yang menyediakan penggantian tayar satu dengan satu dalam tempoh enam bulan bagi kerosakan yang layak akibat bahaya jalan raya (tertakluk pada terma dan syarat).

Dengan itu, Nexen Tire Malaysia menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya kepada 100 lokasi pada tahun hadapan. Syarikat itu juga akan membuka gudangnya sendiri pada seawal bulan Januari 2027 bagi melancarkan proses bekalan dan pengedaran tayar ke rangkaian kedai runcit yang lebih luas.

Syarikat itu juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan bersama rakan pengedar sedia ada, dan bukannya bersaing dengan mereka. Selain itu, harga produk akan kekal tidak berubah walaupun dengan adanya operasi pergudangan sendiri kelak.

Kembali ke lamanTekan Habis