MINYAK PELINCIR VALVOLINE CHAMP RASMI DILANCAR UNTUK PENUGGANG TEMPATAN
Valvoline (Valvoline Global Operations), sebuah jenama pengeluar produk minyak automotif terkemuka, bersama rakan pengedaran sahnya iaitu Vanli Group, telah rasmi perkenalkan barisan produk terbaharunya yang dikenali sebagai Champ.
Menurut pengeluar tersebut, rangkaian minyak pelincir Champ telah dibangunkan khusus unutk memenuhi keperluan penunggang motosikal tempatan, terutama ketika berdepan dengan cuaca panas, kesesakan lalu lintas, serta perjalanan jarak jauh.
Selain perlindungan enjin, produk dari barisan Valvoline Champ turut mengguna teknologi pelinciran yang direka untuk mengurangkan pembentukan mendapan, mengekalkan prestasi enjin, serta ketahanan suhu operasi tinggi. Semuanya juga memenuhi piawaian JASO MB dan API.
Khusus bagi Champ, Valvoline telah menyediakan beberapa pilihan yang sesuai diguna motosikal dan skuter jenis empat-lejang. Tiap-tiap pilihan mempunyai formulasi berbeza berdasarkan jenis penggunaan dan keperluan penuggang.
Ini termasuk Champ 4T Ultra Racing 10W-50 yang tampil sebagai pilihan minyak enjin sintetik penuh untuk kegunaan motosikal prestasi tinggi dan perjalanan jauh. Penggunaan formulasi Power Booster Technology dalamnya menjanjikan pecutan lebih pantas, operasi enjin lebih lancar, serta perlindungan ketika operasi pada suhu tinggi.
Champ 4T Ultra Racing juga tersedia dalam varian gred 10W-40 yang lebih fokus pada perlindungan enjin dan ketahanan haba ketika perjalanan lebuh raya.
Seterusnya tampil Champ 4T Extra dalam gred 10W-40 dan 15W-50. Dua-dua mengguna formulasi campuran sintetik dengan XTRA Clean Technology. Selain membantu membersihkan dalaman enjin, tawaran ini juga direka untuk meningkatkan tindak balas pendikit, serta penjimatan penggunaan bahan api terutamanya ketika keadaan trafik kerap henti dan gerak.
Bagi Champ 4T Premium gred 20W-40 dan 20W-50 serta Champ 4T gred 20W-40, barisan ini direka untuk motosikal kengunaan harian, serta motosikal jenis empat-lejang yang lebih lama. Ini disebabkan ketiga-tiga minyak pelincir ini lebih fokus terhadap perlindungan dari kehausan komponen enjin dan ketahanan suhuh tinggi.
Tidak dilupakan adalah pemilik dan penuggang skuter, dan Champ 4T Ultra Scooter 5W-40 tampil sebagai pilihan jenis sintetik penuh. Dilengkapi Power Booster Technology, pilihan ini mempunyai formulasi khas untuk meningkatkan kecekapan bahan api berserta perlindungan haba untuk memastikan penyaluran kuasa lebih lancar.
Khusus bagi barisan minyak pelincir Champ 4T Ultra Scooter 5W-40, ia kini tersedia dalam pek berkapasiti 0.8-liter juga – satu kebiasaan bagi pelbagai model skuter automatik generasi terkini.
Masih lagi di barisan minyak pelincir skuter dan Valvoline Champ juga tersedia dalam versi Champ 4T Extra Scooter dalam gred. 10W-30 dan 10W-40. Penggunaan formulasi XTRA Clean Technologi di sini lebih ditumpukan pada kebersihan dalaman enjin, pengekalan kelancaran operasi dan kecekapan penggunaan bahan api.
Lagi satu tawaran di sini ialah Champ 4T Premium Scooter. Tersedia dalam gred 10W-30 dan 10W-40, barisan ini dibangunkan untuk kegunaan harian, khususnya tunggangan jarak dekat. Ini nyata melalui fokusnya terhadap perlindungan kehausan komponen enjin dan pengekalan prestasi yang konsisten sepanjang tempoh penukaran minyak yang disyorkan.
Barisan produk minyak pelincar Valvoline Champ kini boleh diperoleh penunggang dan pemilik motosikal serta skuter tempatan melalui bengkel, kedai runcit dan pusat servis sah di seluruh negara.


