MERCEDES-BENZ GLC COUPE NIGHTFALL EDITION DIPERKENALKAN – RM442,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah umumkan lagi satu edisi khas Nightfall Edition bagi salah satu tawaran SUV mewah utamanya yang dipasang secara tempatan (CKD). Kali ini, giliran GLC 350e 4Matic Coupe pula untuk menerima pakej edisi khas ini.
Perubahan paling ketara adalah tambahan pakej estetik Night Package yang membawa kemasan hitam berkilat pada beberapa bahagian termasuk corak Mercedes-Benz di hadapan, gril, bingkai tingkap, perumah cermin sisi serta diffuser belakang.
Turut diserta dalam pakej ini adalah pemegang pintu dark chrome dan rim aloi ringan AMG multi-spoke bersaiz 20 inci yang dicat hitam. Kelengkapan utama lain juga termasuk sunroof panoramik,, pemijak kaki sisi aluminium, serta lampu hadapan LED adaptif.
Di sebalik pakej estetik gelap yang ditambah ini, spesifikasi mekanikal dikekalkan dari model GLC 350e 4Matic Coupe yang edisi khas ini diasaskan – tren kuasa plug-in hyybrid (PHEV) model tersebut dikekalkan.
Pakej tersebut merangkumi enijn 2.0-liter turbo 4-silinder petrol dengan gabungan motor elektrik yang menjana 313HP dan 550Nm, serta transmisi 9-kelajuan automatik dan setup pacuan semua roda (all-wheel-drive – AWD) 4Matic.
Pakej ini melihat pecutan 0-100km/j dicapai dalam 6.7 saat dan kelajuan maksimum 220km/j. Selain itu, sistem PHEV yang dipadankan memberi jarak gerak elektrik sahaja sejauh 100KM (WLTP) pada kelajuan maksimum mod elektrik sehingga 140km/j.
Beralih ke kabin, GLC 350e 4Matic Coupe Night Edition ini menerima balutan tempat duduk kulit tiruan Artico, stereng multi-fungsi rekaan AMG Sport yang dibaluti kulit nappa, serta hiasan berstruktur logam.
Sorotan utama kelengkapan kabin termasuk paparan meter digital 12.3-inci, paparan skrin sentuh tengah infotainmen 11.9-inci yang dilengkapi fungsi paparan navigasi augmented realirt (AR), dan sistem audio 15-speaker Burmester.
Dari sudut keselamatan, SUV mewah edisi khas inidilengkapi Driving Assistance Package Plus yang merangkumi Active Distance Assist Distronic, Active Lane Keeping Assist dan Pre-Safe Impulse Side.
Terus ke harga, MBM sedang menawarkan Mercedes-Benz GLC 350e 4Matic Coupe dengan tanda harga RM442,888 (tanpa insurans).




