Crossover C-SUV Mazda CX-5 generasi ketiga baharu merupakan salah satu lagi tampilan menarik di KLIMS 2026 yang sedang berlangsung di MITEC, KL kini hingga Jun 21.
Menurut pengedar Bermaz Motor, syarikat tersebut akan lancarkan versi import penuh (CBU) dahulu sebelum diikuti versi pemasangan tempatan (CKD). Tempahan pula kini sudah buka di KLIMS 2026 dan harganya dijangka bermula dari RM170,000.
Barisan varian serta spesifikasi penuh akan diumumkan Bermaz Motor pada masa pelancaran rasminya nanti. Menurut syarikat itu, Mazda CX-5 generasi terbaru ini akan rasmi dilancar dalam suku ketiga tahun ini.
Di bawah bonet, renkuasta 2.5-liter 4-cyl petrol Skyactiv sedia telah diganti dengan unit baharu yang mengguna teknologi separa-hybrid (mild hybrid – MHEV) 24-volt e-Skyactiv-G terkini dari jenama Mazda. Unit ini menghasil 141PS & 238Nm.
Transmisi 6-kelajuan automatic Skyactiv-Drive masih kekal, tetapi apa yang baharu di sini termasuk system brek (brake-by-wire), serta system gantungan (suspension) dan beberapa komponen utama cassis untuk crossover SUV ini.
Dari segi saiz, model generasi ke-tiga ini juga dudu 115MM lebih panjang, 15MM lebih lebar dan 15MM lebih tinggi berbanding model generasi ke-dua ia mengganti.
Beralih ke kabin dan CX-5 generasi terbaru ini diberi rekaan semula yang lebih minimalist. Bergantung pada varian, paparan infotainmen skrin sentuh yang dilengkapi berukur 12.9- atau 15.6-inci, dan ini dipadankan dengan paparan meter digital 10.25-inci.









