Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM PHEV BUKA UNTUK TEMPAHAN – RM168,888*

12 Jun 2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM PHEV BUKA UNTUK TEMPAHAN – RM168,888*
1 / 8

Masih ingat tawaran SUV mewah bergaya lasak dari Jetour yang dilancarkan awal tahun ini? Model tersebut kini tersedia dalam versi berbadi plug-in hybrid (PHEV) pula.

Tampil di KLIMS 2026, Jetour T2 i-DM PHEV kini sudah buka untuk tempahan pada harga anggaran RM168,888. Sebagai imbasan memori, versi 2.0T yang tiba sebelum ini ditawarkan pada harga RM155,669.

Di bawah bonet, varian baharu ini menggandingkan enjin 1.5-liter 4-silinder turbo petrol bersama dua motor elektrik, pek bateri 26.7kWj, serta transmisi khas hibrid (Dedicated Hybrid Transmission – DHT) automatik untuk menghasil 360PS & 610Nm.

Tiada angka prestasi diumumkan, tetapi Jetour Malaysia mendakwa SUV ini mampu bergerak lebih dari 1,200KM dengan satu pengecasan dan pengisian tangki minyak penuh – angka ini dipercayai berdasarkan piawaian NEDC.

Selain pakej trenkuasa, pakej kelengkapan mewah, serta ciri-ciri keselamatan standard yang dilihat dalam varian 2.0T dikongsikan sama dalam varian PHEV baharu ini. Termasuk sekali adalah pakek sistem bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2.

Jetour Malaysia tidak umum tarikh pelancaran rasmi, tetapi telah janjikan varian PHEV ini akan diberi jaminan waranti yang sama seperti varian 2.0T. Ini termasuk jaminan sistem trenkuasa selama 10-tahun atau 1,000,000KM.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis