Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: HYUNDAI IONIQ 5 N & IONIQ 6 RASMI DILANCAR – RM443,888 & RM449,888

11 Jun 2026
KLIMS 2026: HYUNDAI IONIQ 5 N & IONIQ 6 RASMI DILANCAR – RM443,888 & RM449,888
1 / 8

Dari jenama ‘H’ tegak Jepun, kita beralih ke lagi satu jenama ‘H’ dari Korea iatu Hyundai Motor Malaysia (HMY) dan mereka telah rasmi lancar dua kenderaan elektrik (EV) prestasi tinggi di KLIMS 2026.

Dua-dua tawaran ini kongsi pek bateri 84kWj, serta setup dwi-motor yang menghasil 650PS dan 770Nm apabila mod ‘N Grin Boost’ diaktifkan. Ini membolehkan pecutan 0-100km/j hanya dalam 3.4 saat bagi Ioniq 5 N dan 3.2 saat bagi Ioniq 6 N.

Dua-dua juga kongsi kebolehan pengecasn pantas DC 350kW yang membolehkan pengecasan 10-80% hanya dalam 18 minit. Jarak gerak maksima WLTP pula adalah 448KM (Ioniq 5 N) dan 487KM (Ioniq 6N).

Ciri-ciri prestasi lain dilengkapi dalam dua-dua termasuk N e-Shift 8-kelajuan yang mensimulasi pertukaran gear, N Active Sound+ yang menjana bunyi enjin sintetik, serta N Drift Optimiser yang menyenangkan aksi gelongsoran atau ‘drift’.

Kini buka untuk tempahan melalui pengedar sah Hyundai terpilih, harga yang diumumkan bermula dari RM443,888 bagi Ioniq 5 N, dan RM449,888 bagi Ioniq 6 N.

Termasuk sekali dalam harga-harga tersebut adalah jaminan waranti kenderaan dan bateri EV selama 8-tahun atau 160,000KM, pakej akesori gaya hidup rasmi N bernilai RM2,000, serta kredit pengecasan percuma JomCharge atau pengecas dinding (wallbox) percuma yang bernilai RM1,800.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis