KEMPEN TERBARU PROTON TAWAR DISKAUN ALAT GANTI 10% & PEMERIKSAAN PERCUMA
Syarikat kenderaan nasional Proton telah melancarkan kempen baharunya yang dituju khas pada pemilik-pemilik yang ingin menyelenggara kenderaan mereka. Dikenali sebagai kempen Stay Safe & Save, inisiatif ini berlangsung di seluruh negara bermula dari 1 September 2026 di semua pusat servis Proton bertauliah (termasuk cawangan 2S).
Melalui kempen berkenaan, Proton menawarkan pelanggan servis dengan diskaun 10% bagi alat-alat ganti terpilih seperti bateri, pad brek dan bilah pengelap cermin tulen Proton. Diskaun ini sah apabila alat ganti berkenaan dibeli dan dipasang di cawangan yang mengambil bahagian, dengan harga promosi berbeza mengikut model kenderaan.
Selain itu, setiap pelanggan yang menyertai kempen berkenaan turut menerima pemeriksaan keselamatan kenderaan 40 poin secara percuma. Pemeriksaan ini lebih komprehensifberbanding pemeriksaan standard 20 poin, dan ia membolehkan penilaian lebih menyeluruh terhadap sistem utama kenderaan.
Menurut Proton, pemeriksaan percuma itu bertujuan membantu pemilik mengesan sebarang masalah lebih awal, serta penyelenggaraan kenderaan yang lebih baik dan effektif. Pada masa sama, pelanggan boleh mendapatkan pewangi udara 3D Proton x Little Joe pada harga RM17 tanpa syarat perbelanjaan minimum semasa kempen ini.
Pemilik Proton digalakkan membuat temu-janji lebih awal sebelum mengunjungi pusat servis bertauliah pilihan masing-masing untuk menikmati tawaran yang disediakan menerusi kempen tersebut.



