PRODUK

JAECOO J5 EV RASMI DILANCAR – 402KM WLTP, RM118,800

02 Sep 2026
JAECOO J5 EV RASMI DILANCAR – 402KM WLTP, RM118,800
1 / 16

Omoda | Jaeco Malaysia telah rasmi kembangkan barisan model tempatan bagi sub-jenama Jaecoo dengan  tawaran eletrik penuh (EV) pertamanya iatu Jaecoo J5 EV. Harga rasmi yang diumumkan awal hari ini untuk EV SUV kompak ini adalah RM118,800.

Harga tersebut termasuk jaminan waranti kenderaan asas 7-tahun atau 150,000KM dan jaminan bateri voltan tinggi selama 10-tahun atau 200,000KM.

Dibuka untuk tempahan sejak bulan Julai lalu, versi untuk pasaran Malaysia dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Selain harga rasmi, Omoda | Jaecoo Malaysia juga umumkan pakej ganjaran khas bernilia RM10,000  buat pembeli terawal 1,000 unit model ini. Pakej ini merangkumi:

-              Insurans percuma selama 1 tahun

-              Pakej sambungan data percuma selama 3 tahun

-              Pengecas rumah (wallbox) AC 7kW Jaecoo percuma

-              Kabel sambungan V2L Jaecoo percuma

-              Pakej aksesori gaya hidup (set karaoke, lampu suluh dan subwoofer) percuma

-              Pakej pengecasan percuma tanpa had 1 tahun JomCharge

Seperti dilaporkan sebelum ini, Jaecoo J5 EV versi pasaran Malaysia dipacu motor elektrik hadapan yang menjana 211PS dan 288Nm yang menjanjikan pecutan 0-100km/j dalam 7.7 saat dan kelajuam maksimum 177km/h.

Motor tersebut dikuasai pek bateri jenis LFP dari CATL berkapsiti 58.9kWj yang menjanjikan jarak gerak WLTP sejauh 402KM. Pek tersebut juga menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan DC setinggi 130kW (30-80% dalam 28 minit).

Dari segi keselamatan, pakej bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2 yang dilengkapi EV SUV kompak ini merangkumi 19 fungsi. Termasuk di sini juga ialah fungsi Multi-Collision Braking (MCB), dan banyak lagi.

Seperti kembar berenjin petrolnya, EV SUV ini juga diberi kemasan tempat duduk kulit sintetik dengan elemen antibakteria, tahan calar serta mempunyai kandungan VOC (sebatian organik meruap) yang rendah dan juga mesra haiwan peliharaan.

Dari segi kelengkapan, sorotan utama di sini termasuk rekkan papan pemuka minimalis, panel meter digital 8.88-inci, paparan infotainment skrin sentuh 13.2-inci, bumbung kaca panoramik 1.45 meter persegi.

Ciri-ciri lain yang dilengkapi termasuk kawalan suhu dwi-zon automatik, kamera parkir HD 540-darjah, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas tanpa wayar Qi 50-watt, serta tempat duduk hadapan dengan larasan kuasa dan tailgate kuasa.

Kembali ke lamanTekan Habis