JAC T9 PHEV CKD RASMI DILANCAR – DARI RM154,888
Evolvelectric Motors Sdn Bhd telah rasmi melancarkan JAC T9 PHEV Petrol baru-baru ini. Tawaran tersebut kini berdiri sebagai trak pikap plug-in hybrid (PHEV) pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia juga.
Trak pikap PHEV ini tersedia dalam dua varian – T9 PHEV Standard dan T9 PHEV Adventure. Harga asas masing-masing pula adalah RM154,888.00 dan RM162,888.00 (tanpa cukai jalan dan insurans).
Terus ke sorotan utama trak pikap ini, ia dipacu pakej tren kuasa yang merangkumi sebuah enjin 2.0-liter 4-silinder turbo petrol yang digadingkan dengan dua motor elektrik, bateri LFP 31.2kWj, sistem pacuan empat roda (4WD) dan transmisi khsusu hibrid 4-kelajuan (4DHT) automatik.
Selain output keseluruhan tinggi pada 483PS dan 1,000Nm, setup ini juga tampil dengan jarak pemanduan elektrik sahaja sehingga 100KM (NEDC), serta purata kecekapan penggunaan bahan api serendah 1.6 liter/100KM.
Menarik sekali, pek bateri yang disebut tadi mampu menyokong input pengecasan AC biasa dan pengecasan pantas DC. Pengecasan 15-80% melalui pengecasan DC mampu dicapai hanya dalam 30 minit berbanding 3.5-5.5 jam melalui pengecasan AC untuk capai tahap yang sama.
Turut sedia adalah fungsi vehicle-to-load (V2L) dengan output sehingga 15kW. Ini membolehkan JAC T9 PHEV ini membekal tenaga kepada pelbagai jenis peralatan elektrik luaran untuk aktiviti perkhemahan, kerja luar, atau pun kegunaan dalam kawasan yang tiada bekalan kuasa.
Secara tipikal, varian T9 PHEV Adventure dilengkapi tayar jenis all-terrain yang dinaik taraf. Ia jugu turut dilengkapi rim aloi hitam, serta hiasan grafik Adventure pada sisi badan untuk memberi penggayaan yang ebih lasak.
Pada asasnya, JAC T9 PHEV ini kekal dengan beberapa kebolehan utama trak pikap juga. Ini termasuk kapasiti tunda sehingga 3,500KG, kebolehan untuk meredah air sedalam 550MM.
Dan selain tiga mod panduan (Eco, Standard dan Sport), sistem 4WD yang dilengkapi JAC T9 PHEV ini juga menawar 4 pilihan mod permukaan (Snow, Sand Mud dan Rock) beserta fungsi Off-road Cruise.
Dari aspek keselamatan, JAC T9 PHEV juga dilengkapi pakej bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2. Sorotan utama pakej ini termasuk fungsi Adaptice Cruise Control, Traffic Jam Assist, Autonomous Emergency Braking, serta Blind Spot Detection.
Ciri-ciri lain yang dilengkapi sini juga termasuk kamera 360-darjah dengan fungsi paparan telus (transparent chassis view). Untuk ruang kabin, JAC T9 PHEV tampil denfan hiasan balutan tempat duduk kulit hitam dengan corak jahitan berlian, serta paparan meter dan infotainmen digital.
Akhir sekali, JAC T9 PHEV ditawarkan dengan jaminan waranti kenderaan asas selama 7-tahun atau 150,000KM, serta waranti bateri PHEV selama 8-tahun atau 150,000KM. Dua-dua termasuk sekali dalam harga asas yang disebut tadi.






















