Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

ISUZU MALAYSIA PEGANG 17.3% SEGMEN TRAK PIKAP DALAM SUKU KEDUA 2026

03 Aug 2026
ISUZU MALAYSIA PEGANG 17.3% SEGMEN TRAK PIKAP DALAM SUKU KEDUA 2026
1 / 12

Awal hari ini, Isuzu Malaysia dedah barisan model trak pikap terbarunya iatu 2026 Isuzu D-Max 2.2, terus memacu jenama tersebut dalam pasaran tempatan.

Malah, model tersebut menyumbang peningkatan kadar perkongsian pasaran Isuzu sebanyak tiga peratus berbanding tempoh suku pertama tahun ini. Dengan itu, jenama tersebut kini menyata ia memegang 17.3% bagi segmen trak pikap untuk tempoh suku kedua tahun 2026.

Isuzu Malaysia juga tambah bahawa D-Max varian Standard 4x4 Auto 2.2 baharu tampil sebagai versi paling laris – ia menyumbang sebanyak 36% daripada jumlah jualan keseluruhan Isuzu D-Max. Sebagai segaran memori, model D-Max 2.2 versi terbaru ini telah rasmi dilancarkan pada bulan Mac awal tahun ini.

Menarik sekali, syarikat tersebut tambah bahawa varian Single Cab dengan transmisi automatik pertama di Malaysia juga telah menerima sambutan hangat, sekali gus menyumbang sebanyak 60% daripada jualan trak pikap Single Cab Isuzu D-Max.

Iszuu Malaysia jangkakan populariti dan penerimaannya dijangka akan terus meningkat kerana kemampuannya untuk menjadi sebuah kenderaan kerja yang boleh diharapkan serta mudah dikendalikan

“Keupayaan Isuzu D-Max yang terkenal sejak dulu kini telah digabungkan dengan prestasi yang diperhalusi serta kecekapan bahan api yang lebih tinggi. Ini sekali gus menjadikannya sebuah trak pikap serba boleh dan unggul,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.

“Barisan Isuzu D-Max dengan enjin 2.2 liter baharu dan transmisi automatik lapan-kelajuan telah menunjukkan prestasi jualan yang sangat baik sejak dilancarkan,” tambah Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo, dalam siaran akhbar rasmi yang sama.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis