PRODUK

HMY RASMI PERKENALKAN HYUNDAI STARGAZER – 3 VARIAN, DARI RM99,800

24 Sep 2026
HMY RASMI PERKENALKAN HYUNDAI STARGAZER – 3 VARIAN, DARI RM99,800
1 / 22

Mula dipertontonkan semasa KLIMS 2026, tawaran MPV segmen-B (B-MPV) dengan tiga baris tempat duduk terbaru jenama Hyundai iaitu Stargazer telah rasmi diperkenalkan oleh Hyundai Motor Malaysia (HMY) awal minggu ini.

Pesaing utama Mitsubishi Xpander dan Toyota Veloz (serta kembarnya iaitu Perodua Alza) ini tiba sebagai tawaran import penuh (CBU) yang dibina di negera jiran – Indonesia. Seperti yang dijangkakan, tiga varian tersedia untuk pasaran tempatan pada harga:

Style (7-seat) – RM99,800

Prime (7-seat) – RM109,800

X (6-seat) – RM121,800

 

Khas bagi 800 pembeli terawal, pihak HMY akan menawar pakej ganjaran khas bernilai RM4,600 yang merangkumi jaminan waranti 8-tahun atau 160,000KM, pakej servis percuma selama 4-tahun, dan yuran tempahan khas serendah RM88. Khusus bagi pemilik model Hyundai sedia ada, HMY juga akan memberi ganjaran khas ‘all-star reward’ bernilai RM1,000.

 

B-MPV TIGA-BARIS (6 ATAU 7 SEAT)

Selain perbezaan tahap kelengkapan, perbezaan utama antara varian Style dan Prime bersama X adalah susunan tempat duduk masing-masing. Hanya varian X sahaja menawarkan susunan 6-seat (2-2-2)mewah yang berserta barisan kedua ‘Captain Seat’.

Bagi varian Style and Prime, dua-dua kongsi susunan 7-seat (2-3-2) menerusi tempat duduk barisan kedua tiga-orang yang dilengkapi.

 

TREN KUASA 1.5-LITER PETROL & TRANSMISI IVT

Semua varian Stargazer untuk pasaran Malaysia kongsi setup tren kuasa yang sama. Pakej tersebut merangkumi sebuah enjin 1.5-liter 4-silinder petrol yang menjana 115PS dan 144Nm, serta transmisi automatik CVT 8-nisbah yang mengguna pacuan rantai yang dijenamakan Hyundai sebagai IVT – Intelligent Variable Transmission.

 

PAKEJ ADAS UNTUK VARIAN PRIME & X SAHAJA

Sebagai varian paling mampu-milik sekali, Stargazer 1.5 X diberi kelengkapan keselamatan paling ‘asas’ berbanding varian Prime dan X. Ini nyata dengan setup brek belakang drum, hanya dua beg udara dalam kabin, dan kekosongan sistem bantuan pemanduan atau ADAS.

Pembeli yang memilih varian Prime dan X pula menikmati setup brek cekera penuh depan dan belakang beserta sistem brek parkir elektronik (EPB). Dua-dua juga dilengkapi pakej ADAS Tahap 2 dari jenama Hyundai yang dikenali sebagai SmartSense. Sorotan utama pakej ADAS tersebut termasuk sistem Adaptive Cruise Control bersama fungsi Stop-and-Go, brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta, dan banyak lagi.

 

SKIM PERLINDUNGAN NILAI JUALAN SEMULA

Menarik sekali, HMY juga mengumumkan skim Perlindungan Nilai Jualan Semula (Resale Value Protection) bagi model Stargazer ini semasa pelancaran rasminya.

Melalui skim ini, HMY memberi pembeli dengan perlindungan dari nilai susutan (depreciation) pada harga kenderaan sekiranya mereka ingin bertukar atau naik taraf ke model Hyundai baharu.

Dengan ini, HMY menjamin pembeli dengan nilai jualan semula setinggi 70% dari harga asal pada tahun ketiga (sehingga 60,000KM), 60% pada tahun keempat (sehingga 80,000KM), dan 50% (sehingga 100,000KM) pada tahun kelima.

Kembali ke lamanTekan Habis