INDUSTRI

DRB-HICOM AUTO SOLUTIONS DIIKTIRAF MBOR BAGI SISTEM PINTAR PENJEJAKAN KENDERAAN

22 Oct 2026
DRB-HICOM AUTO SOLUTIONS DIIKTIRAF MBOR BAGI SISTEM PINTAR PENJEJAKAN KENDERAAN
1 / 3

DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS) diiktiraf Malaysia Book of Records bagi pelaksanaan terbesar sistem pintar penjejakan kenderaan di dalam kilang, melalui sistem DHAS Vehicle Tracking System (DVTS).

DVTS menggunakan sistem yang menggabungkan rangkaian kawasan luas jarak jauh, peranti penjejakan GPS, sistem geofencing dan pemantauan digital berpusat bagi meningkatkan keterlihatan pergerakan dan lokasi kenderaan di dalam kawasan kilang.

Sistem yang dibangunkan secara tempatan ini menggantikan pengesanan manual sebelum ini, dan dilaksanakan di Kawasan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di Pulah Indah dan di Pekan, Pahang.

Menurut siaran media DRB-HICOM, pemantauan di PKFZ meliputi kawasan seluas 33 ekar, dan memantau penerimaan, penyimpanan, dan proses penghantaran menggunakan papan muka, laporan dan analisa dari sistem DVTS.

Kembali ke lamanTekan Habis