PRODUK

BRIXTON MOUCCA 250 & ARIIC TOUCH 250 TIBA – RM12,888 & RM13,688

03 Sep 2026
BRIXTON MOUCCA 250 & ARIIC TOUCH 250 TIBA – RM12,888 & RM13,688
1 / 44

Segmen pasaran skuter berkapasiti 250cc tempatan sekali lagi berkembang dengan penampilan dua lagi tawaran baharu dari MForce Bike Holdings iaitu Brixton Moucca 250 dan Ariic Touch 250.

Seperti biasa, dua-dua tawaran baharu ini dari gergasi pengedaran dua-roda dari Bukit Mertajam itu menawarkan model-model baharu ini dengan harga asas yang cukup mampu milik walaupun dua-dua mempunyai tahap kelengkapan tinggi dan premium.

Bermula dengan jenama Brixton,  Mouca 250 tiba sebagai tawaran skuter pertama dari jenama ini pada harga asas RM12,888 (tanpa insurans dan kos pendaftaran). Ia tampil dengan penggayaan retro yang tersedia dalam empat pilihan warna.

Terus ke spesifikasi utama, skuter ini mengguna enijn 244cc satu-silinder dengan penyejukkan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik untuk menghasil 24.5PS dan 24Nm. Nadi ini juga dipadan dengan transmisi automatik CVT pulas-dan-pergi.

Kelengkapan utama termasuk brek cakera bersama sistem ABS dwi-saluran, sistem kawalan cengkaman (traction control system – TCS), tangki 12-liter, fungsi kunci pintar, panel meter digital TFT, port pengecasan USB-A dan USB-C, serta sambungan Bluetooth.

Beralih ke Ariic Touch 250 pula, tawaran ini tampil dengan penggayaan maxi-scooter yang lebih moden yang tersedia dengan tiga pilihan warna. Dari sergi harga, model ini ditawarkan harga asas RM13,688 (tanpa insurans dan kos pendaftaran).

Beralih ke spesifikasi mekanikal, model ini mengguna enjin 240cc satu-silinder dengan penyejukkan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik. Setup ini menghasil 22.4PS dan 23.5Nm untuk memacu roda belakang melalui transmisi CVT automatik.

Kelengkapan utama merangkumi brek cakera dengan sistem ABS dwi-saluran bersama TCS, tangki bahan api 13-liter, panel meter digital TFT dengan fungsi sambungan aplikasi MotoFun, kamera dascam hadapan, serta penghadang angin boleh-laras elektrik.

Kembali ke lamanTekan Habis