BOON SIEW HONDA & iMOTORBIKE UMUM KERJASAMA STRATEGIK
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah rasmi mengumumkan satu kerjasama strategik baharu bersama iMotorbike. Kolaborasi tersebut akan menawar pilihan lebih tersusun pada penunggang untuk menukar motosikal sedia ada apabila menaik taraf ke model Honda baharu.
Kersama tersebut dimetarai oleh dua-dua pihak awal minggu ini melalui satu majlis tandatangan yang diadakan di ibu pejabat jualan Boon Siew Honda di Kota Damansara.
Dengan ini, penunggang yang ingin menaik taraf ke motosikal Honda baharu boleh menukar – ‘trade-in’ – motosikal sedia ada mereka melalui rangkaian pengedar Honda Impian X atau Honda BigWing yang mengambil bahagian. Pada masa yang sama, iMotorbike akan menyedia kepakaran penilaian, pemeriksaan dan pasaran semula motosikal terpakai terkemuka mereka.
Justeru, motosikal terpakai ‘trade-in’ yang diambil melalui kersama ini bakal dipasarkan semula melalui platform jualan atas taliannya (imotorbike.com), serta pusat jualan utama syarikat tersebut yang berada di Glenmarie, Penang, dan Johor Bahru. Rangkaian iMotorbike juga merangkumi pusat-pusat pemeriksaan yang terletak di stesen Shell Jalan Cheras dan stesen Shell Jalan ipoh.
Penunggang melalui peringkat berbeza dalam kehidupan mereka, dan pilihan motosikal mereka mungkin berubah dari semasa ke semasa. Dengan bekerjasama dengan iMotorbike, kami menawarkan peralihan yang lebih teratur untuk penunggang, dan kami membawa bersama pengedar kami,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano.
“Dengan menggabungkan kepakaran iMotorbike dalam penilaian, pemeriksaan dan jualan semula motosikal terpakai bersama rangkaian pengedar Boon Siew Honda, kami memberikan penunggang cara yang telus dan tanpa kerumitan untuk beralih kepada Honda seterusnya,” tambah kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike, Gil Carmo.






