BILIK PAMERAN SUZUKI 1S JURU BAHARU RASMI DIBUKA
Naza Eastern Motors, pengedar rasmi kereta jenama Suzuki di Malaysia, mengumumkan rangkaian pengedarnya di koridor utara Malaysia telah berkembangan dengan pembukaan rasmi bilik pameran Suzuki 1S Juru baharu.
Pusat 1S (Jualan) tersebut dikendalikan oleh SMG Auto (MN) Sdn Bhd. Ia dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM1 juta dan kini tampil dengan sebuah bilik pameran berkeluasan 1,600 kaki persegi yang mampu mempamerkan sebanyak tiga kenderaan serentak.
Cawangan 1S baharu ini Terletak di Jalan Sentral Jaya, Pusat Perdagangan Sentral Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia dibuka setiap hari dari 9AM hingga 6PM, dan ia juga dilengkapi ruang istirehat (lounge) untuk pelanggan yang melawatnya.
Penting sekali, pusat jualan 1S baharu ini disokong oleh pusat servis rasmi Suzuki yang terletak di Jalan Sungai Tiram 7, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pusat servis ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari 8.30AM hingga 5PM, dan pada hari Sabtu dari 8.30AM hingga 12.30PM. Pusat servis ini ditutup pada hari Ahad dan juga cuti-cuti kelepasan am.
“Pelaburan untuk pengedar baharu ini mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran dan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dengan aksesibiliti yang lebih baik kepada kenderaan Suzuki,” ulas Mohd Rizal Jailan, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Naza Automotive Group.
Dengan pembukaan Suzuki Juru ini, Naza Eastern Motors menyatakan bahawa rangkaian jenama Suzuki di Malaysia kini merangkumi 14 cawangan jualan sah, serta 13 pusat servis bertauliah. Syarikat tersebut bertambah ia ia akan kembangkan lagi rangkaian ini ke seluruh Malaysia.










