INDUSTRI

BAS AUTONOMI ELEKTRIK SUDAH MULA BERKHIDMAT DI PUTRAJAYA

09 Oct 2026
BAS AUTONOMI ELEKTRIK SUDAH MULA BERKHIDMAT DI PUTRAJAYA
1 / 3

Awal minggu ini, Perbadanan Putrajaya telah umum melalui laman media sosial rasminya (Facebook) permulaan perkhidmatan bas autonomi elektrik oleh operator Handal Indah. Ini adalah perkembangan dari peringkat percubaan yang dijalankan sebelum ini.

Perkhidmatan ini beroperasi mengguna bas autonomi elektrik dari eMoovit Technology. Sejumlah lapan laluan ditawarkan dan tambangnya adalah RM1 sehala.

Tambang tersebut boleh dibayar penumpang secara tanpa tunai (cashless) mengguna kad debit atau kredit Visa dan Mastercard sahaja. Buat masa kini, pembayaran melalui e-wallet atau kod QR belum tersedia lagi.

Perkhidmatan ini telah bermula sejak 7 Oktober 2026, dan ia beroperasi di sepanjang laluan P113 dengan lima perhentian antara titik permulaan dan titik akhir. Kenderaan yang menjalankan perkhidmatan laluan bermula dan berakhir di MRT Putrajaya Sentral.

Perhentian bagi laluan bas ini merangkumi Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman (Palace of Justice), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dataran Gemilang serta kompleks Perbadanan Putrajaya.

Perkhidmatan ini beroperasi pada hari bekerja dan mempunyai sejumlah 8 slot waktu pelepasan - empat slot waktu pagi dan lagi empat slot untuk waktu petang.

Slot waktu pelepasan pagi merangkumi 7:15AM, 8:15AM, 9:15AM, dan 10:15AM. Slot waktu pelepasan sebelah petang ialah pukul 2:45PM , 3:45PM, 4.45PM, dan 5:45PM. Bas ini tidak akan beroperasi pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum.

Bas eMoovit ini merupakan hasil kerjasama antara pihak tersebut dengan penyedia rangkaian 5G Digital Nasional (DNB) dan Ericsson. Teknologi yang digunakan bas ini —yang dilengkapi dengan penderia (sensors), kamera, dan LiDAR bagi membolehkan pemanduan autonomi—merangkumi WiFi awam 5G, pemantauan data telemetri serta kenderaan dari jarak jauh secara masa nyata, dan sistem CCTV di dalam kenderaan.

Kembali ke lamanTekan Habis