Barisan pameran jenama-jenama Geely Auto Group di Beijing tahun ini bersandarkan kepada teknologi AI!
Geely membuka tirai Auto China 2026 dengan prototaip teksi pandu sendiri (robotaxi) yang dipanggil EVA.Cab. Teknologi sebenar prototaip berada di dalam platform komputer yang menggabungkan tiga cip utama, NVIDIA SuperChip, NVIDIA Thor U dan Qualcomm Snapdragon 8397 yang memberikan kuasa pengiraan lebih 3,000 TOPS (Trillions of Operations per Second), membolehkan teksi ini memenuhi keperluan kenderaan autonomi Tahap 4 dan senario pemanduan yang amat mencabar.
Menurut Geely, kelengkapan visual bagi EVA Cab ini sistem LiDAR digital 2,160 baris yang pertama di dunia, yang membolehkan jarak pengesanan sehingga 600 meter.
